Review Buku: Kota, Kamalia


" Kita ni manusia, bukannya mesin duit ATM yang tak ada emosi. 
Hidup kita bukan sekadar bekerja cari duit dan kemudian mati. " - Kamalia




Sejujurnya, Kota ni merupakan novel pertama fixi setelah beberapa tahun aku berhenti membaca novel dari fixi. Kota menjadi pilihan aku disebabkan oleh penulisnya. Kamalia merupakan penulis Jemari Seni tak lama dulu, jadi sedikit sebanyak, aku dapat membayangkan gaya penulisannya. Kalau ada yang pernah membaca Kulit, salah satu cerita dalam Dewi (terbitan Jemari Seni), pasti korang akan suka dengan Kota
.
Sepanjang mengikuti perjalanan Kota yang berkonsepkan urban fantasi, seringkali melintas di fikiran aku ialah movie In Time. Walaupun pada dasarnya, Kota dan In Time ni tidak sama seratus peratus tetapi pada aku ada sedikit kemiripannya. Entah la mungkin aku ja yang rasa macam tu. haha. Kota merupakan kerajaan yang menterjemahkan sisi penduduk dan budaya masyarakat yang dibezakan dengan pemilikan kad pengenalan. Sama ada penduduk kelas atasan yang mempunyai kad pengenalan emas atau platinum dan kelas bawahan mempunyai kad pengenalan perak atau gangsa. Kad pengenalan tersebut boleh dinaik taraf sekiranya akaun KotaFoto milik peribadi mencapai bilangan pengikut dengan bilangan tertentu. 
.
Selain tertarik dengan perincian penulis tentang kerajaan Kota, aku juga tertarik dengan elemen misteri dan suspen yang dibawa oleh penulis. Membaca kisah Kesuma meneruskan kehidupan di Kota meninggalkan pelbagai tanda tanya lebih-lebih lagi dengan kehadiran Nasir. Pada aku Kota berkembang positif dengan kehadiran Nasir. Konflik yang menyentuh isu pemerdgangan manusia,  kapatalis dan beberapa isu lain menjurus kepada penindasan ini dibentuk dengan matang sehingga membuatkan aku tertanya-tanya dan jadi tidak senang duduk.  Aku boleh katakan bahawa aku suka dengan perjalanan cerita Kesuma dalam merungkai rahsia yang berlaku di Kota. Idea yang luar biasa, dan garapan yang menarik menjadikan Kota seronok dihayati dan membuatkan aku terfikir sesuatu...

Tahniah buat penulis kerana memenangi sayembara Fixi musim kedua! Semoga terus menghasilkan karya yang berkualiti :) 

1 comment:

  1. Ika tak beli pun Kota. Ika beli Eblys, Majnun & Tenggek. Tapi tengah peram Majnun & Tenggek. Ramai kata ika patut cuba baca Kota.

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2020/04/ebook-review-eblys-by-fatinilam-sari.html

    ReplyDelete

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.