Review Buku: Seloka Anak Rantau, Shaz Johar


Sebaik saja, aku ternampak cover Seloka Anak Rantau, seorang perempuan yang sedang santai menghirup kopi, ditambah pula dengan gabungan warna kuning dan hijau yang bold, Seloka Anak Rantau yang ditulis Jawi itu betul-betul menarik perhatian aku untuk mendapatkannya. 

Cerita tentang dua orang rakan baik yang menetap di Jerman ini tidak panjang sebenarnya tetapi strugglenya bila aku nak juga menamatkan cerita dengan membaca Jawi. Memang dari awal, niat aku untuk mengetahui cerita penuh dengan membaca Jawi dan finally aku berjaya. Strugglenya - bila setiap kali ubah halaman, mata akan terbaca tulisan rumi dulu, cepat-cepat aku ubah ke halaman yang bertulisan Jawi haha.

Seronok tau baca cerita yang bertulisan Jawi ni. Pada aku, fixi dwi ini melatih aku untuk membaca dan menghayati tulisan Jawi. Ia merupakan satu usaha yang baik untuk memartabatkan tulisan jawi. Ada satu perkataan yang aku detect jawinya ada imbuhan tapi ruminya tak ada tapi tak apa, masih boleh di fahami. Ada juga bahagian-bahagian yang terpaksa aku refer pada tulisan rumi contoh dialog yang berbahasa Inggeris dan German, shortform dan nama-nama tempat di sekitar German. 

Kisah yang berlatarbelakangkan Jerman ini menarik untuk dibaca, dengan mengetengahkan Jeslina dan Amal yang tetap struggle untuk meneruskan kehidupan di Jerman walaupun dijerut kisah silam yang tak pernah pudar dari ingatan. Keseluruhannya, aku suka dengan Seloka Anak Rantau kerana temanya berkaitan keluarga,persahabatan dan peluang kedua, cuma itu lah pendek sangat, aku tak puas. haha

3 bintang sebab cerita dia pendek. Yang lain best!

1 comment:

  1. menarik...nak kena cari nanti tapi kena letak dalam bucketlist
    salam kenal dari www.iamfuzy.com..jengah sini selepas follow kat twitter

    ReplyDelete

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.