Review Buku: Bulan Hijau Untuk Ara, Nurfizzkmi

Saturday, January 09, 2021

 

Membaca Bulan Hijau Untuk Ara ini mengingatkan aku tentang cerita cinta zaman kanak-kanak. Tersuka tanpa mengetahui jalan cerita cinta yang pasti. Entah menjadi, entah kan tidak.  Entah sejati, entah yang tidak-tidak. Yang pasti, sebilangan kita tak kan pernah lari dari terbenci atau tersuka dengan seseorang sewaktu masih kecil. 

Cerita antara Umar, Uwais & Ara ini dilatari dengan suasana kampung. Garapan tentang keluarga Umar & Uwais berpindah ke kampung & Ara yang memang menetap di kampung ini sedikit sebanyak, mengimbau kenangan  aku sewaktu kecik-kecik, berpindah ke suatu tempat yang baru akan membuatkan kita  hidup meneroka budaya setempat seadanya & apa adanya. Mengenali orang baru, berkawan, bergaduh, bermain bersamaa-sama dan semuanya menjadikan siapa kita hari ini. 

Pada aku, cerita ini boleh dibaca dengan sekali dudukan bak kata @tennoshelf dan ia santai. Tidak memerlukan kita untuk perah otak meneka-neka peristiwa seterusnya kerana tiada konflik yang berat untuk di hadam

Overall, cerita ini ringkas, manis seadanya, dan juga perjalanan ceritanya agak laju, cuma kalau boleh aku tambah, aku mengharapkan cerita ini di kembangkan dengan lebih baik dan di cantikkan lagi supaya lebih berfokus, tidak melompat-lompat dan kurangkan typo. 

Oh ya, kalau korang suka cerita ringkas, manis dan boleh dibaca dengan pantas, boleh dapatkan Bulan Hijau Untuk Ara dari @kakakkscribble. 


No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.