Bagaimana aku mula menulis review dan menjadi 'booktagrammer'?

Sunday, February 14, 2021

 


Hari ini aku sekadar nak berkongsi macam mana aku boleh mula untuk menulis review dan juga menjadi bookstagrammer. Tapi cerita ini, aku cuba ringkaskan dan pendekkan supaya fokus kepada topik asal.


2012-2015 (Blog & Facebook)


Aku mula menulis di blogspot pada tahun 2011, masa tu tengah ambik STPM, kiranya masa tu aku nak vent out stress aku belajar, aku baca novel (escapism) tapi bila aku nak berkongsi tentang buku itu, aku tak boleh nak kongsi dengan orang lain sebab masa tu aku belum ada circle yang suka membaca & boleh rasa macam apa yang aku rasa. Jadi dari situ la, aku mula menulis di blog dan berkongsi dengan penulis. Aku follow penulis di blog, Facebook & setiap kali aku tulis review, aku akan kongsi review dengan penulis secara privasi. 


So waktu itu, aku boleh kategorikan review aku lebih kepada perasaan & emosi aku semata-mata, aku buat juga analisis tentang buku tapi tak sematang & deep sekarang (done claim) Haha dan masa itu aku memang tak ada sistem, aku main tulis ja, janji apa yang aku rasa, aku dapat sampaikan kepada penulis. Waktu itu, moment paling tak boleh lupa, bila aku dapat discuss & bonding dengan penulis pasal buku mereka. One-to-one, macam member tengah sembang dengan member. Mungkin ada penulis yang rasa “amenda la budak ni excited sangat entah.” Haha.   Aku kan kalau baca review 9 tahun lepas kan, cringe weh cringe. Hahaha. Tapi aku tak nak delete sebab itu sebahagian dari proses aku belajar. Cara review aku sama dari Tingkatan 6 sampai la habis degree.


2016 - Sekarang (Bookstagram, blog & Facebook)


Seingat aku, aku ada scroll Instagram personal dan kebetulan, aku ternampak posting buku-buku dari ‘bookstagrammer’, komuniti buku dari luar negara. Masa itu baru aku tahu wujudnya ‘bookstagram’ dan komuniti buku di Instagram. Masa itu, aku macam terfikir, kenapa aku tak cuba guna platform baru untuk berkongsi review, sebab seingat aku, 2016, aku masih belum jumpa ‘bookstagrammer’ dari Malaysia (mungkin juga ada dah sebenarnya, cuma akulah yang tak jumpa haha) Masa itu memang aku tak tau nak mula dari mana & aku terus mula je lah.


Cuma, dari 2018 aku mula restruktur gaya penulisan review, sebab aku terfikir, aku bukan buat review untuk kepuasan aku dan untuk penulis dapatkan feedback semata, tapi aku cuba nak educate orang lain untuk membaca dan dapatkan buku yang berkualiti.  Aku start self-learning, dengan analyse review aku yang cringe tu haha dan cuba perbaiki dan sesuaikan dengan elemen -elemen yang aku nak kongsi, supaya apa yang aku rasa sampai ke hati pembaca. Aku just nak deliver review dengan cara yang lebih baik.

2 comments:

  1. sebagai penulis yang baru berjinak2, saya memang sangat hargai kalau ada yang sudi review buku saya. Nak review buku saya tak? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Syaz,
      Tahniah kerana sudah menjadi penulis. Boleh DM saya di athirah_bookstagram untuk urusan gift/paid review :) Jika sesuai dengan genre, boleh dipertimbangkan. Semoga terus menulis :)

      Delete

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.