Review Buku: Psikologi Si Kecil, Dr. Rozanizam Zakaria

 


"Beza melihat anak berbuat sesuatu kerana 'nakal' dan berbuat sesuatu kerana 'sifat semulajadi kanak-kanak' yang menjadi sebahagian dari perkembangan usia mereka."



Aku setuju dengan apa yang dinyatakan oleh  penulis dan kalau kita cuba faham tentang sifat semulajadi kanak-kanak, setiap reaction kita juga kan turut berbeza. Tidak mudah melabel, tidak mudah untuk memarahi. 

Sejujurnya, aku suka membaca Psikologi Si Kecil ini kerana topik-topiknya di tulis dengan terperinci dan sangat menjawab beberapa persoalan yang kebiasaannya yang menjadi tanda tanya para ibu bapa. Walaupun aku belum memegang status tersebut tetapi membaca Psikologi Si Kecil ini membuatkan aku meletakkan diri aku sebagai seseorang yang pernah menjadi 'kanak-kanak' dan mengimbau kembali apa yang aku dah lalui.  

Ada masa-masa aku juga meletakkan  diri sebagai individu yang berhadapan dengan kanak-kanak. Untuk lebih mengenali, memahami dan sekaligus membawa aku untuk memahami  isu-isu berkaitan perkembangan kanak-kanak ini dengan perspektif yang baru. 

Antara topik-topik yang membuatkan aku lebih berfikir: 

1. 4 Prinsip Memahami Psikologi Anak-anak 
2. 6 Yang Harus Dimiliki 
3. 4A Sebelum dan Selainya
4. 7 Sebab anak buat perangai 
5. Deposit Emosi 
6. 7 Kesalahan Dalam Mendisplinkan anak
7. 7 Keperluan Psikologi Remaja 
8. 20 Tip mendidik anak hiperaktif dan kurang tumpuan 

Dan aku sangat setuju dengan kenyataan penulis tentang kebanyakkan masalah remaja adalah produk akhir kepada proses panjang yang telah bermula lama. Dan saham terbesar yang mempengaruhi keadaan tersebut ialah cara kita mendidik anak. Dan ini bukan konotasi untuk meletakkan kesalahan kepada ibu bapa sebaliknya aku  yakin, tujuan buku ini dihasilkan adalah untuk mengajak ibu bapa untuk ada rasa untuk memperbaiki cara mendidik. 

Walaupun buku ini ditulis khas untuk ibu bapa, tetapi melalui pembacaan aku, aku rasa buku ini sesuai untuk semua apatah lagi yang terlibat dengan kanak-kanak. Highly Recommended gais!

Korang boleh dapatkan dari IMAN  atau WHITECOAT

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.