Review Buku: Kaedah Rasulullah s.a.w Menegur Kesilapan, Muhd Salih Al-Munajid

Wednesday, March 23, 2022

 




“Setiap anak Adam itu banyak salahnya. Dan sebaik-baik orang yang banyak salahnya adalah orang-orang yang mahu bertaubat”

Membaca buku Kaedah Rasulullah Menegur Kesilapan ini sebenarnya buatkan aku lebih banyak muhasabah diri aku sebagai manusia. Manusia memang tak kan lari dari kesilapan. Walaupun niat asal baca buku ni nak tahu cara terbaik untuk menegur kesilapan orang.

Ah manusia. Kesilapan orang cepat saja nak tegur. Kesilapan sendiri, biar nanti kalau boleh jangan ada yang tegur. Begitu lah kadang kadang ketidakadilan berlaku.

Buku yang ditulis oleh Muhd Salih Al Munajjid ini mengandungi dua topik utama yang pada aku sangat-sangat melengkapi antara satu sama lain.

1. Perkara-perkara yang perlu di ambil perhatian ketika menangani kesalahan.
2. Kaedah Rasulullah saw menangani kesalahan oranng

Penulis berkongsi perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menegur kesilapan.
Contohnya:

1. Niat kita menegur
2. Sedar tentang kesalahan sebahagian drpd sifat semulajadi manusia
3. Kena tahu beza, antara orang buat kesilapan sebab jahil dengan orang buat kesilapan walaupun ada ilmu.

Ada ramai orang tergesa gesa nak menegur sehingga lupa nak beri perhatian kepada perkara perkata di atas.

Baca topik perkara- perkara yang perlu diberi perhatian ketika menangani kesalahan saja dah membuka mata aku dengan ilmu & perspektif yang baru. Apatah lagi bila aku baca topik kedua, cara Rasulullah saw menangani kesalahan orang. Ada 38 cara beserta rujukan hadith. MasyaAllah.

Betul. Memang Banyak. Dab kalau baca betul betul, kita boleh nampak setiap kesalahan yang berlaku akan ditegur dengan cara yang berbeza beza mengikut keadaan dan situasi.

Sejujurnya, buku ini memang membuka mata aku tentang cara nak menegur dengan lebih baik, lebih berseni. Ada masa, kena tegas. Ada masa, cara lembut dan berhemah tu yang terbaik. Recommended!

#bookreview #bookphotography #bookbloggers #bookstagram #malaysianbookstagrammer #malaysiamembaca #malaybooks #malaynovels #stayhomereadabook #bookcollectors #proudreader #athirahreview #Malaysia #BahasaJiwaBangsa #staysafeeveryone #dakwahcornerbooks #KaedahRasulullahMenegurKesilapan

P/s: Boleh dapatkan buku ini di https://www.dakwahbookstore.com/


No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.