Cinta Dari Jauh 11

Monday, May 21, 2012
Telingaku masih tersumbat dengan earphone.Cloks-versi instumental masih kudengari sambil membaca novel.Novel Aku Mahu Kamu ditangan masih menjadi tatapanku.Membaca dari satu muka surat ke muka surat yang lain.


Novel yang ditulis oleh Aleya Aneesa ini menjadi mangsa saat aku dirundung kesunyian.Nampaknya memang aku tak boleh nak kamceng dengan lelaki dihadapanku ini.Aku dan Haidi masing-masing membisu.


Pertemuan yang tak dirancang.Pertemuan yang tak dijangka.Pertemuan yang tak disangka-sangka,akhirnya berlaku setelah lima tahun berlalu.Kuhirup kopi yang sedikit pahit itu perlahan-lahan.Haidi leka dengan peta Istanbul yang diambil dari ruangan receptionist.


Haidi kulihat memerhati peta berkali-kali sebelum matanya diarahkan kepadaku.Keningnya terangkat.Lagaknya seperti pelik melihat aku terus khusyuk dengan novel.Sedari tadi ,Haidi seperti ingin bertanya sesuatu,aku menanggalkan earphone perlahan-lahan dan mula memfokuskan kearahnya.


 "Suka baca novel?" 


Aku tersenyum sesaat." Ha'ah.kenapa?" 


"Orang cakap,perempuan yang suka baca novel ini,suka berangan" 


Aku diam.Novel yang kutanda dengan penanda buku itu kututup.Sejujurnya aku tak suka part orang cakap perempuan yang baca novel ini suka berangan.Ayat yang sangat berbisa.Tapi iyalah,lain orang lain pendapat kan?


"Itu 'orang' cakap.Kalau pendapat awak macam mana pulak?"
Tersentak Haidi seketika.Nak juga tahu pendapat lelaki dihadapannya ini tentang perempuan yang suka baca novel ini.


Haidi angkat bahu."Entah.Saya tak rasa macam tu pun.Kak Min cakap baca novel ini tak semestinya suka berangan tapi ada ja yang baca novel untuk relax kan diri.Agaknya macam dia la kot."


"Tahu takpe.Saya baca novel sebab dalam novel ini ada macam-macam cerita.Ada pasal family,kehidupan realiti,pasal cinta haruslah ada." sinis sahaja senyuman Haidi saat terdengar perkataan cinta.Aku berjeda seketika sebelum menyambung kata-kata.


"Lagi satu,saya suka baca novel sebab dalam novel je kita boleh dapat apa-apa ilmu dengan suasana yang santai.Lagipun dah jadi hobi.So teruskan je lah. Setiap orang ada hobinya masing-masing kan?"


"Setuju"


"Boring eh cakap dengan saya?Sorry.Kalau bab novel,memang berjela la jawapan saya."Aku meliarkan pandangan keluar restauran,mencari-cari kelibat Kak Min dan Iffat.'Haisy,manalah mereka berdua ini.'Ghaib dari tadi.


"Tak deklah.I'm okay.At least saya tahu hobi awak,lepas ni senang lah kerja saya.Dah tahu nak beli hadiah apa untuk awak.Beli je novel confirm awak suka."Seusai kata-kata tersebut.Aku dan Haidi sama-sama gelak.Perli aku la tu.


"Oh kenapa nak bagi hadiah?Sebab saya banyak cakap.Nak bagi saya senyap bagi novel macam itu?"Dugaku.


"Hadiah apa-apa pun tak kisah.Birthday boleh,hadiah bertunang boleh,hadiah kahwin pon boleh.Tak kisah." Jujur Haidi.Aku terkedu.


"Baiknya awak,baru kenal nak bagi hadiah."perliku sambil melihat pelayan yang bernama Hassan ini menghantar hidangan yang dipesan.Sejurus Haidi mengucapkan terima kasih kepada pelayan tersebut dalam bahasa Turki,pelayan tersebut beredar ke dalam restauran.


"Eh siapa cakap baru kenal?Kita kenal dah lama.Lebih lima tahun." bidas Haidi.


"Eleh setakat berbual-bual sekejap,kenal apanya."


"Sekejap atau lama bukan persoalannya.Yang pasti saya kenal.Dan saya nak terus mengenali diri awak dengan lebih mendalam lagi."pantas sahaja ku mendongakkan kearah wajah Haidi.Haidi angguk tanda seriusnya dia untuk mengenaliku.Aku diam.


Makanan Turki yang sudah terhidang ini ,hanya tunggu untuk dimakan sahaja.Perutku yang berkeroncong ini sudah meraung-raung minta diisi.Kalau aku sorang-sorang,memang dah selamat masuk dalam perut.Tapi apa boleh buat,Kak Min dan Iffat masih lagi belum nampak batang hidung dari membeli Turkish delight.Aku kenalah belajar bersabar.


"Makan lah.nak tunggu dua orang itu lambat."Dua ulas bibir Haidi terseyum kearahku.Aku geleng kepala.


"Tak pe tunggu diorang.Ha! tu pon."Iffat berlari-lari anak meninggalkan Kak Min dibelakang.Di tangan Iffat ada beg plastik berbunga merah.Di dalamnya terdapat sekotak manisan.Belum sempat Iffat mengeluarkannya untuk makan,aku menghalang.


"Ape kata kalau kita makan makanan yang dah ada ni.Dah sejuk tau" Kak Min yang baru sahaja duduk hanya mengangguk sebelum membuat muka apabila melihat makanan yang terhidang.








"Ape ni? Tak kan makan roti cecah sambal-sambal ini kot" Muka Iffat pelik.


Aku dan Haidi sama-sama gelak.Sebakul kecil roti dan sepinggan meze yang berupa tomato-based,yogurt- based dan cheese- based serta dihiasi dengan hirisan timun dan tomato.Nampak sekali imbas macam sambal yang mungkin berperisa rempah ratus Turki.Mungkin.


Nak kata menyelerakan pon,tak terkata.Aku mula mencecah  roti dengan tomato -based tersebut.Hmm,rasa macam sambal belacan terlebih cili.Ingatkan dekat Malaysia ja ada sambal belacan.Terasa tekakku tidak boleh menerima.


"Tekak Iman tak boleh terima."jelasku perlahan.Kopi pahit, kuminum laju bagi meredakan rasa loya.


"Kak Min pun sama." Iffat dan Haidi dari tadi masih ligat mencecah roti bersama meze tersebut.Sakan betul mereka.


"Laju korang makan?" sambil tersenyum-senyum Kak Min berkata.


"Tak elok membazir"jawab Haidi ringkas.Iffat anggguk-angguk sahaja.






Aku dan Kak Min hanya memerhati lagak dua orang dihadapan kami.Berselera sungguh mereka berdua.Sedari tadi,Haidi dan Iffat yang membuat pesanan sementelah aku dan Kak Min memberi keizinan untuk mereka membuat pilihan makanan.


"Tu apa?"ujar Kak Min sambil menunjuk kearah bekas panjang di hujung meja Haidi.Haidi dengan lambat-lambat mengenepikan roti prata diatas hidangan Tersebut.Sebaik sahaja roti prata diketepikan,kelihatan ayam bakar berempah.




"Umphhh.Ni baru selera nak telan."Kak Min segera mengambil ayam dan roti prata dan diletakkan di dalam pinggannya.Seleraku yang tadi sudah tumpul,bangkit semula setelah melihat ayam berempah yang masih berwap panas.Kulihat haidi dan Iffat tergelak melihat telatah Kak Min.Gelak ada makna.Rupanya sedari tadi mereka sudah tahu hidangan tersebut adalah ayam tetapi sengaja menyembunyikan dahulu.


"Patutlah senyap.Rupanya dah berkomplot nak kenakan orang"Ujarku sambil menendang kaki Iffat.Muka Iffat berkerut sedikit sebelum tersengih.


"Abang Haidi yang ajak orang berkomplot.Iffat tak nak"adu Iffat terus terang.


"Eh,abang pulak." 


"Nakal" Kak Min menarik telinga Haidi perlahan.Iffat dan aku hanya mampu ketawa.Manakan tidak,lelaki yang sudah menjangkau 25 tahun itu masih dicengeng telinganya.Tapi aku suka gambaran tersebut,adik beradik tersebut nampak manja,seakan-akan hanya mereka berdua sahaja disini.

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.