Orientasi

Monday, June 25, 2012
"Usuluddin,Syariah,Bahasa melayu,Bahasa arab dan Pengajian am" ujar Opie perlahan kepada puan syarkiah.

Puan Syarkiah mula mencatat didalam borang pendaftaran mata pelajaran yang berukuruan saiz A4.


Hari ini diadakan pula sesi mendaftar mata pelajaran untuk peperiksaan STPM.Mungkin terlalu awal untuk memikirkan tentang peperiksaan yang akan dihadapi pada hujung tahun hadapan.Tapi ini sebagai langkah awal untuk memulakan pelajaran nanti.


Masih ada hari esok untuk membuat keputusan untuk memilih mata pelajaran mengikut kemampuan masing-masing.Bagi Opie senang kalau sudah membuat keputusan diawal waktu.


Sudah pasti keputusannya itu dibuat setelah meneliti keupayaan dan kemampuan diri kerana subjek yang dipilih bukanlah subjek yang mudah.


Mungkin mudah ketika di tingkatan lima namun sudah menjadi sukar di tingkatan enam.Opie sedar yang dirinya tersangat lemah dalam menghafal fakta sejarah,makanya dia mengambil keputusan untuk tidak memilih subjek sejarah sebagai subjek pilihan.


"Wa sama dengan aku" jelas Opie kepada Paie merujuk kepada pilihan subjek Wa.


Paie masih memikirkan subjek mana yang patut dipilih.Min lebih senang dengan pilihan subjek sejarah,bahasa melayu,syariah dan pengajian am.


"Kau tak nak amik sejarah?Sejarah syok weh" pujuk Paie tanpa nada.Opie tergelak.


Gila apa dia nak pilih sejarah.Sejarah Spm yang dikategorikan senang oleh sesetengah pelajar dulu itu pun dia hanya mampu dapat A-.Itupun setelah berhempas pulas 'menggoreng' jawapan.Inikan pula Sejarah stpm.Hisyhh tidaklah ingin dia menempah bala.


"Ukur baju dibadan sendiri" ringkas kata-kata Opie.


Paie mencebik apabila pujukannya tidak berjaya.Paie sebenarnya faham dengan kata-kata Opie dan sikitpun dia tidak kisah dengan pilihan kawan baiknya itu.Baginya,setiap orang berhak memilih.Dan sudah pasti setiap pilihan yang dibuat ada baik dan buruknya.


"Aku amik semua sama dengan kau kecuali usuluddin.Subjek tu aku ganti dengan sejarah" kata Paie sambil duduk dibangku yang disertakan dengan meja kecil setelah memaklumkan pilihannya kepada puan Syarkiah.


"Opie,kejap lagi jangan lupa ingatkan kawan-kawan untuk ke surau Darul Iman ya." 
puan syarkiah sempat meninggalkan pesan sebelum keluar meninggalkan dewan syarahan.Tinggal beberapa orang pelajar sahaja lagi masih belum memuktamadkan pilihan subjek mereka.Esok adalah hari terakhir untuk membuat pilihan sebaik mungkin.


Buat masa sekarang,pelajar-pelajar tingkatan enam rendah ditempatkan di dewan syarahan kerana kelas-kelas di blok tingkatan enam masih lagi dalam proses penyelenggaraan.


Selagi orientasi belum tamat,selagi itulah mereka akan duduk bertapa di dalam dewan syarahan yang serba kusam ini.Apalah nasib tingkatan enam yang sering dianaktirikan.


Opie meliarkan pandangan sekitar dewan syarahan.Biasalah minggu pertama sesi pendaftaran,tak mula belajar lagi.


Ketika ini,ada pelajar yang sedang melayan perasaan.Ada juga yang menulis sesuatu.Ada yang bersembang.Masing-masing dengan kerja sendiri.Iyalah,masing-maisng belum mengenali peribadi dengan lebih mendalam.Setakat tahu nama.


"err..baik ustazah" balas Opie sopan.Disebabkan Opie yang berasal dari sekolah yang sama dan sudah dikenali oleh guru-guru di sekolah tersebut,dia lebih cenderung dipilih untuk menjadi ketua tingkatan untuk sementara waktu.


Setiap pagi,tugasnya adalah untuk menanda kedatangan pelajar yang hadir ataupun tidak hadir ke sekolah.Selain itu,dia akan membantu cikgu-cikgu apabila disuruh oleh cikgu dengan bantuan pelajar-pelajar lain.


Nasib badan kerana dia pernah mempunyai rekod menjadi ketua tingkatan selama empat tahun berturut-turut bermula sejak tingkatan dua sehingga tingkatan lima.Bila pula nak jadi pengawas ye?


*****

Aktiviti Ice-Breaking yang diperkenalkan oleh ustaz Nasir sebentar tadi sudah mampu memecahkan tembok antara pelajar-pelajar yang berasal dari sekolah yang sama dengan pelajar-pelajar yang datang dari sekolah lain.

Ustaz Nasir sempat berpesan kepada pelajar-pelajar dalam taklimat ringkas bahawa tiada istilah pelajar sekolah lama dengan pelajar luar.Semuanya sama sahaja.Semuanya sudah memasuki alam baru yang memerlukan mereka berganding bahu untuk mengenali antara satu sama lain.

Pelajar-pelajar sudah dibahagikan dengan beberapa kumpulan kecil.Kumpulan kecil ini dibentuk melalui aktiviti 'kad berimej' yang diuruskan oleh ustaz sendiri.

Kali ini,Opie dan Paie sudah terpisah jauh walaupun sebentar tadi beberapa cubaan menipu kad berimej cuba dilakukan untuk menjadi ahli kumpulan yang sama,namun ia tidak terjadi seperti yang pernah dilakukan. 

"Opie tukar kad tu dengan orang lain"bisik Paie tepi telinga Opie.

"Kejap" Opie mula mengsusha line.Clear ke tidak.Karang buat kantoi je dengan Ustaz.

Opie yang sudah sedia maklum dengan arahan kecil itu cuba menukar kad kecil yang diatasnya ada imej yang berbeza supaya dapat menentukan kumpulan masing-masing dengan pelajar lain supaya dapat bersama dengan Paie.

Namun begitu,cubaan mereka gagal serta merta apabila ustaz nasir melihat perbuatan Opie yang sedang memujuk pelajar lain supaya menukar kad itu secara kebetulan.

Aduh!.Kan dah kantoi.Kaunselor yang dikenali rapat itu sudah pun tersenyum.Nampak macam senyuman perli.

"Dah bagi amaran pon buat lagik.Pelik sungguh kamu ni" Opie menggaru-garukan kepalanya yang sedikitpun tidak gatal sambil tersenyum nipis.Reaksi spontan.

Ustaz berleter kerana diawal taklimat tadi ustaz sudahpun memberi amaran supaya semuanya jujur dan tidak melakukan sesuatu cubaan untuk bersama-sama dengan kawan baik.

Tapi Opie sikitpun tidak kisah kerana dia sudah mengenali kaunselornya itu bagaimana.
Leteran ustaz selalunya tepat kena pada batang hidungnya.Dia sudah lali.

Kalau bukan mereka yang buat pun,Opie sendiri pasti ada pelajar-pelajar lain yang  cuba melakukan taktik yang sama,cuma kali ni mereka yang tertangkap.

Inilah masalahnya kalau sudah berkawan rapat dengan seseorang,kemana sahaja pasti hendak bersama saja.Konon-kononnya bestfriend forever la kan?Tambahan lagi kaum perempuan,ikatan ukhuwah mereka sangat rapat kadang-kadang sampai tak tercapai dek akal.

"Tak sengaja ustaz.Bonding kami terlalu kuat untuk dipisahkan.Kawan baik la katakan"
Ujar Opie sambil tersengih.Riuh surau darul Iman dengan suara gelak tawa kecil milik pelajar-pelajar perempuan.

Dipandang wajah Paie yang berpura-pura serius disebelahnya.Macamlah Opie tak kenal muka serius tahan gelak.'Tak guna punya kawan.Ini kau punya rancangan juga.'bentak hati Opie

Ustaz tergelak.Gelak ada makna.Kejap lagi memang kena ni.

" Saya ni dah banyak jumpa orang berbestfriend bagai.Semua nak buat sama-sama.Nak pergi mana-mana pun nak pergi sekali.Tambah-tambah pelajar perempuan macam kamu semua ni " ustaz berjeda seketika sebelum mennyambung kata-katanya.

" Agak-agaknya kalau kamu nak kahwin nanti,nak pilih lelaki yang sama ke?Boleh hidup bermadu  dengan bestfriend ." perli ustaz.Masing-masing mengekek gelak.


"Macam mana la jadinya yek.Masih mahu buat semuanya bersama-sama atau dah jadi perang dunia berkembar?"perli ustaz sebelum ketawa kecil.Kan dah kata.Memang kena nih.Perlian ustaz sekali lagi menyebabkan masing-masing tergelak kuat.


Mesti semua tak pernah terfikir.Khusus untuk persahabatan antara kaum perempuan,sebaik mana pun sesebuah persahabatan itu,yang sering berkongsi suka dan duka,pernah tak terfikir pula untuk berkongsi suami?Hmmm.Tak pernah terfikir.

Opie terasa diperli hanya tersenyum nipis.Taubat lain kali tak buat sudah.Hanya Wa dan Min yang bernasib baik untuk menjadi ahli kumpulan yang sama.Itupun rasanya sempat buat taktik yang sama.Wa dan Min hanya tersenyum sinis kearah Opie.Dah agak dah.

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.