Waktu rehat

Sunday, June 24, 2012
Nasi putih berlaukkan seketul ayam masak merah dibeli dari makcik kantin.Nama itu sudah sebati sejak mereka membeli makanan di kantin seawal tingkatan satu.Hanya menggunakan kata ganti makcik kantin atau pakcik kantin sudah cukup menggambarkan betapa Opie tidak peduli dengan oarang lain.


"Wa dengan Min mana?" teh o ais dikacau-kacau Paie dengan straw kuning.


"Beli air.Weh kau perasan tak apa yang aku perasan?" jawab Paie sebelum mengajukan soalan lain kepada Opie.


Kelibat pelajar-pelajar  tahap dua yang terdiri dari tingkatan empat dan lima mula berasak-asak ke arah kantin.Mata-mata mereka sudah pasti sempat menyinggah kemeja yang diduduki oleh Opie dan kawan-kawannya.


"Perasan apa?Dinding kantin cat lain?" soal Opie selamba.Paie mencebik dengan soalan Opie.


"Buat main.Budak-budak ni lah." Paie jawab sendiri.


Wan dan Min sudah mengambil tempat untuk sama-sama menghabiskan waktu rehat mereka.Mereka turut sama melihat kiri kanan mereka yang dipenuhi dengan pelajar-pelajar tingkatan wmpat dan lima.Ada yang pandang semacam.Ada yang tersenyum penuh makna.Ada yang sinis.Ada yang tidak mengendahkan mereka.


"Budak -budak ni karang ada juga kena cungkil mata ni karang"bisik Opie sendiri tapi masih mampu didengari Wa dan Min.Mereka semua sudah ketawa.


"Eh tak payah cakap budak-budak ni.Kitaorang jumpa cikgu-cikgu tadi pon ada je pandang semacam.So nak kata apa?" celah Wa dengan suaranya yang ala-ala kartun salairmoon.


Min menyampuk.


"Betul.Tadi nak datang sini pun tak perasan ke cikgu pandang sebelah mata je.Tapi tak semua cikgu lah.Ada yang dah biasa dengan kita tu okay je.Ni yang tak biasa dengan kita,tahu-tahu je lah."


"sebelah mata lagi pergi mana Min?" tanya Paie ala-ala orang dungu.


Masing-masing ketawa sebelum mengeluh perlahan.Persepsi mereka tak kan pernah berubah.Yang menanggungnya kami pelajar tingkatan enam.Semua orang ada pendapat masing-masing tapi tak perlu sampai menjatuhkan semangat orang.Biarpun ia hanya sebuah pandangan,tapi masih mampu membezakan pandangan biasa dengan pandangan luar biasa.


"Dah la weh.Kalau nak kisah dengan tanggapan negatif diorang ni,sampai bila pun kita tak kemana.Apa kata kalau kita buat biasa je." cadang Opie.


Baginya dia tak kan kemana kalau asyik tunduk pada pandangan sinis orang lain.


"Cakap senang lah Opie.Tapi bukan senang nak buat.Kita pulak yang rasa awkward semacam."bidas Min.


"Tapi aku pelik tau.Kita yang masuk form six ni dah boleh terima kenyataan yang diorang nak kecoh-kecoh apehal pulak kan? " Paie melontarkan hujahnya.Wa masih terdiam.


Opie membelek jam tangannya sebelum menamatkan sesi luahan rasa


"Jom weh.Waktu rehat dah habis".


********

Opie sudah mula menguap.Mengantuk apabila waktu tengah hari menjelang tiba.Taklimat berkaitan subjek Usuluddin,Sejarah dan syariah sudah selesai.Sebentar tadi,taklimat berkaitan subjek Bahasa Melayu.Kini tinggal subjek Pengajian am  dan bahasa Arab yang masih belum dibincangkan.

Masih menunggu cikgu seterusnya untuk taklimat subjek stpm.

Secara rawaknya,cikgu-cikgu membincangkan kepentingan subjek tertentu dari segi sesi pembelajaran mahupun dalam peperiksaan.Tempoh peperiksaan STPM sedikit berbeza dari peperiksaan SPM iaitu selama tiga jam.Boleh dikatakan setiap jawapan berbentuk essei.

"Gila!.Semua jawapan dalam essei.Mana nak cekau jawapan" Opie menelan liur perlahan.Terasa kesukaran mula mengetuk pintu hatinya.Fikirannya mula menerawang memikirkan kesusahan dalam peperiksaan.

Paie masih selamba. "Alah nanti kita belajar senanglah" Mudah sungguh jawapan Paie.

"Tiga jam nak tulis apa weh?" Min dari tadi senyap,menyoal pula.

"Kalau yang amik sejarah,ingat pesan cikgu Hasni masa kita form five tahun lepas" 

Masing-masing terngadah dengan penjelasan Wa.Opie dan Paie mengekek-ngekek gelak.Min tersenyum-senyum apabila mengenang semula cikgu sejarah mereka ketika ditingkatan lima tahun lepas.

"Goreng sajaaaaa!!" jerit mereka berempat sebelum ketawa sekali  lagi.

Perkataan yang sering di keluarkan oleh cikgu Hasni apabila pelajar-pelajarnya merungut sukar untuk menyiapkan soalan-soalan sejarah.

"Kejap.Dah pilih subjek yang korang nak ?" soal Opie

Paie mengangguk laju.Min dan Wa masih berkira-kira ingin mengambil subjek apa untuk teruskan pengajian mereka.Buat sementara ini,Opie dan Wa memilih untuk memilih subjek Usuluddin dan Bahasa Melayu.

Syariah memang wajib untuk semua pelajar aliran agama.Paie dan Min memilih subjek sejarah dan Bahasa Melayu.Pengajian Am juga wajib untuk semua pelajar yang mengikut tingkatan enam.Kini tinggal nasib subjek bahasa arab.


Seketika kemudian,kelihatan cikgu yang tinggi kurus menapak kedalam dewan syarahan dengan membimbit buku rekod panjang.Cikgu Isma Junaiza memulakan taklimat dengan kata-kata semangat.


Biasalah pelajar -pelajar yang masuk tingkatan enam ni kebanyakkannya emosi dan jiwanya sudah rabak.Jadi atas inisiatif diri sendiri ,cikgu yang lebih senang dipanggil dengan cikgu Isma ini menceritakan pengalaman diri sendiri supaya anak didik dihadapannya ini akan mengambil pengajaran dan mesej.


"Saya juga pernah menjadi pelajar tingkatan enam suatu masa dulu" Ayat mula yang menyebabkan satu dewan diam membisu.


Opie dan Paie saling berpandangan.Tidak pernah disangka, cikgu yang tidak lokek dek senyuman ini pernah menjadi sebahagian dari pelajar tingkatan enam.


"Saya ambil keputusan untuk sambung tingkatan enam,walaupun masa tu saya dah beli borang u.Sudahnya saya jual borang u tu pada kawan saya."


"Tapi cikgu...Kami tak kisah sebenarnya masuk tingkatan enam cuma orang-orang luar yang pandang kami macam tingkatan enam ni teruk sangat."salah seorang pelajar mula mempersoalkan pandangan orang-orang disekeliling


"cikgu-cikgu pun ada juga laaa" desis Opie perlahan.


Cikgu Isma tersenyum manis.


"Biar saja" sebelum merapatkan kedua-dua belah tangannya.


"Kalau mengalah sekarang pun dapat apa?At least bila kamu buat yang terbaik,kamu boleh buktikan yang tingkatan enam ni pun sebenarnya bagus" panjang lebar nasihat Cikgu Isma.


'Positif sangat ni cikgu'desis hati Opie.


"Saya tak nak cakap besar tapi kalau nak diikutkan dalam kalangan kawan-kawan saya,saya ni lebih berjaya dari kawan-kawan saya yang masuk u dulu.Allah dah tetapkan rezeki kita masing-masing.Patutnya kamu semua bersyukur sebab dapat masuk tingkatan enam"


Sedikit sebanyak,kata-kata cikgu Isma meresap kedalam hatinya.Mula memikirkan kata-kata cikgu Isma yang ada benarnya.Mula bersangka baik dengan keputusan yang dibuat dan sudah tentu keputusan ini juga datangnya dari-Nya.Kalau tidak yakin,bagaimana pula ceritanya?.

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.