Si Gigih

Thursday, June 28, 2012
Hampir seminggu orientasi berlalu,dan pagi ini akan diadakan majlis penutupan orientasi tingkatan enam.Majlis tersebut akan diadakan selepas waktu rehat dan ibu bapa turut di undang oleh pihak sekolah.

Pelajar-pelajar sudah dibahagikan tugas mengikut jadual tugas yang diagihkan dua hari lepas.Dewan syarahan yang sudah dihiasi dengan langsir berwarna biru lembut.Slide dan komputer riba sudah tersedia di sudut hujung meja.

Akan ada persembahan slide yang disediakan oleh kakak-kakak tingkatan enam atas.

Cikgu Isma tiba-tiba sahaja masuk ke dewan dengan wajah yang cemas.Pantas sahaja  di gamitkan tangannya kearah Opie dan beberapa pelajar yang lain.Opie yang sedang menyibuk disisi kak Wani yang merupakan senior tingkatan enam atas,segera kearah cikgu Isma.

Paie melangkah laju untuk menyibukan diri.Wa dan Min tidak ketinggalan.

"Kenapa cikgu?" tanya Wa kelam kabut.Wa kalau tak menyiuk tidak sah.Min tersenyum sinis

"Ouh.Ada masalah sikit.Saya nak cari emcee.Siapa yang boleh jadi emcee?" soal cikgu Isma terus.

Wa tersedak.Tersengih kemudian.Min lambat-lambat mengundurkan dirinya.Cari jalan untuk buat kerja lain.Paie membuat muka selamba.

"Opie,awak boleh?" Opie tersengih.Geleng-geleng kepala.

Tak pernah sepanjang hayatnya menjadi emcee.Masalahnya itu disedari sejak dari sekolah rendah.Dia memang pantang kalau disuruh menjadi emcee.Dia bukanlah orang yang sesuai untuk menjadi emcee.

Kalau nak tengok dia menangis dihadapan khalayak ramai,boleh lah kot.Dia tidak seberani orang lain.Dia tidak mampu untuk menjadi emcee,apatah lagi menjadi emcee memerlukan dia berhadapan dengan orang ramai.Rasa keyakinan dirinya semakin merudum.

Bibirnya sudah sedikit terketar-ketar " Maaf cikgu,saya tak boleh".Cikgu Isma tersenyum simpul.

"Takpe teksnya,saya dah sediakan" Opie menggeleng perlahan.

Cikgu Isma mengeluh lemah.Meja dan kerusi batu yang diduduki mereka itu sesekali bergoyang apabila mereka menggerakan tubuh badan.

Opie termenung sejenak.'Sampai bila kau tak nak jadi emcee.Esok-esok kalau dekat u nanti kena jadi emcee?Macam mana?'duga hatinya.

'Masa nilah pun kau nak cuba kan?' gesa hatinya.Aduhai! Masalah kalau hati dan minda tidak seiring.Hati sudah berkobar-kobar ingin mencuba sesuatu yang agak baru dalam hidupnya.Namun begitu sudah ada suara lain untuk menjadi volunteer.

"Kalau cikgu tak kisah,saya boleh jadi emcee." ujar syafida yang sedikit gempal tubuhnya.Muka yang sememangnya terpamer dengan sifat gigih berskala sepuluh itu menjadi tatapan kami semua.Muka comel putih.Mata bulat tersenyum mesra kearah mereka.

Paie yang sedari tadi senyap memandang kearah Opie sambil tersengih lucu.Opie mengangkat bahu.Turut tersengih.Mana kan tidak Syafidalah yang dikatakan gigih ketika di awal orientasi dahulu.

Cikgu Isma menarik nafas lega. "Biasa jadi emcee?" Syafida mengangguk-angguk pantas.

"Okay.Ni teks dia.All the best" cikgu isma masih lagi dengan senyuman dibibirnya.Berlalu dengan bag tangan hitamnya.

"Buat elok-elok weh" Ucap Opie ikhlas sambil tersenyum.

Tersenyum kerana Syafida menjadi penyelamat disaat orang lain tiada kebolehan untuk menjadi emcee.Terasa cemburu juga kerana kawan yang baru dikenalinya ini lebih berbakat menjadi emcee.

Tapi itu lah yang dikatakan.Manusia itu dilahirkan dengan adanya kelebihan dan kekurangan.Kalau semua yang dilahirkan di atas muka bumi ini,semuanya sempurna.Memang tak meriah langsung hidup.

*****

Majlis penutupan orientasi yang berlangsung dengan keadaan yang terkawal dan sederhana sebentar tadi itu sudah cukup membuat pelajar-pelajar tingkatan enam rendah melepaskan lelah.Lega.

Lega kerana buat pertama kali mereka yang datang dari latar belakang yang berbeza,sekolah yang berbeza mampu bekerjasama untuk mengendalikan majlis kecil yang penuh bermakna.

" Tahniah weh.Kau jadi emcee memang superb"Opie memuji Syafida yang ditangannya masih memegang teks ucapan.Muka Syafida yang sedikit berpeluh itu disapu dengan sapu tangan kotak-kotak yang sememangnya menjadi peneman setia kepadanya.

" Thanks.Okay tak tadi?" Syafida menanti reaksi Opie.

"Okay gile.Kalau tak salah aku,kau ni debater sekolah lama kau kan?" soal Opie pantas.

Dia pernah kesekolah lama Syafida untuk menyaksikan pertandingan bahas peringkat negeri antara sekolahnya dengan sekolah lama syafida.

Dan kalau tidak salahnya,Syafida merupakan pembahas kedua  ketika itu.

"Ha'ah.Mana tau?

"Pernah tengok korang berbahas macam nak pecah dewan" Syafida tergelak besar.Opie buat muka pelik.

"Biasalah pertandingan.Semua kena gigih buat yang terbaik kan?"Syafida berjeda.

Opie angguk perlahan. "Eh okaylah.Jumpa nextweek." kata Opie.

Opie berjalan meninggalkan dewan syarahan yang sudah berkunci.Paie sudah menunggunya di pondok biru.Beg galas dibahunya ditarik perlahan.Paie yang sudah melihat kelibat Opie,menuruni anak tangga yang catnya biru.

"Mana kawan baru ?"perlinya sambil tergelak-gelak.Opie menjeling Paie.

"kau nak apa?Lempang nak?" bidas Opie

"Eh eh.Nak marah pulak.Come on lah kawan.Kau kena belajar jadi berani macam dia"cadang Paie serius.Tapi Opie tahu yang sebentar sahaja lagi,akan ada bunyi tawa Paie.

Sesaat berlalu dengan masing-masing berwajah serius.namun kemudian,Paie terlebih dahulu tergelak kuat .Opie mengekek tergelak.

"Tapi betul la weh,dia nampak gigih gilaaa" kata Paie tiba-tiba.Opie membulatkan matanya.Ingatkan dah habis cerita pasal Si Syafida.

"Biarlah kat dia nak gigih ke apa ke?Janji gigih dia bertempat.Kalau tak dia yang jadi emcee tadi,siapa nak jadi.Kau?Lagi tak masuk akal." seusai meluahkan kata-katanya,Opie ketawa besar.Dia seakan-akan membayangkan teman baiknya menjadi emcee.Perghh.Memang kejutan.

"Cis!! tu namanya menghina aku." Mata Opie sudah bulat.Geram kerana merasa Opie seperti mempermainkannya.

"Tak kan sentap??!!Dah lah.Sama je kita ni pon.Tak berani."putus Opie perlahan.Disenggol bahunya ke bahu Paie.

"Aku nak sentap dengan kau?Bagi satu sebab kenapa aku kena sentap dengan kau?" 
paie hanya mengerutkan dahinya.Opie berjeda seketika.


Paie mennati penuh sabar.Opie tersengih sambil kening kanannya terangkat-angkat.

"Sebabbbbnyaaa.Aku dapat kawan yang super duper gigih macam diaaaa.Kau tak dek."


Sekali lagi Opie dan Paie tergelak besar.Mengekek-ngekek.Junior yang berselisih dengan mereka sudah memandang pelik.Apalah yang happynya kakak-kakak senior mereka ini.Opie hanya mengangkat tangannya kearah junior-juniornya.


Paie yang masih tergelak."Gila!" 

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.