Review Novel : Semerah Red Velvet Oleh Hezzy Azra

Sunday, March 31, 2013

Tarik nafas panjang-panjang sebelum lepas panjang-panjang?Eh! hahaha.Bayangkanlah macam mana aku bernafas macam tu.Senak kot.haha.Okay-okay.Sekarang jom layan review novel Semerah Red Velvet karya Hezzy Azra :)

Kepada,
Kak Hezzy Azra ;)

Sejujurnya, SRV  ini memang saya nantikan.Maklumlah dah baca kat blog kennss.haha.Teruja lah.Tapi tertanya-tanya juga kenapa red velvet cuppies tak jadi penghias cover.haha
Bagi gambaq besaq-besaq sikit baru orang tertarik nak makan.Eh.Eh tertarik nak beli ! =p Then gandingkan dengan buku.Combination watak Emir dengan Raina gitueww kannn.




Perkara pertama yang saya suka,dalam SRV ada nilai kekeluargaan yang sangat tinggi.Maksudnya hubungan antara adik beradik Rania sangat awesome.Ada abang,ada kakak,ada adik yang sporting dan berkongsi suka dan duka.hmm,hubungan adik beradik yang sangat rapat dan erat.
Dan saya rasa Pak Samad merupakan bapa penyayang.
Tersentuh bila baca dialog ni : 

" Rai anak abah yang dah lakukan macam-macam untuk abah dan lain-lain.Rai jugak dan korbankan masa dan tenaga untuk pastikan rumah kita ni sama seperti ketika arwah mak masih ada"



Of course lah,saya tiba-tiba teringat ayah saya yang berada di utara sana.hewhew :') Dan lagi tersentuh bila pak Samad ucapkan terima kasih.Boleh rasa sampai kedalam hati,bila seorang ayah mengucapkan perkataan keramat'terima kasih' :') Apa perasaan korang kalau ayah korang cakap terima kasih,of course lah banjir terharu kann.sobss sobss.


" Kadang-kadang abah rasa,tak terucap perkataan terima kasih untuk Rai 

Doa seorang bapa kepada si anak yang banyak berkorban demi kebahagiaan sebuah keluarga.

 " Nama Rai tak pernah tertinggal dalam doa abah setiap hari.Abah sentiasa doakan Rai bertemu jodoh dengan orang yang benar-benar nampak keistimewaan Rai ...sama seperti apa yang abah nampak dalam diri Rai selama ini"



Selain itu, saya menyampah dengan watak syahir.Omjayy.

Gila tak matured kot.Tolong lah kak hezzy mana jumpa orang macam neh?hahaha.Dah lah berlagak.Menyombong pulak tew.Kalau saya jadi Raina,memang dah lama makan kaki si Syahir neh.*emoooonyawww* haha.



Part Syahir dah habis, mari kita masuk kisah Emir dan Raina yang euww sweet kot.hikhik.Bila Rai tinggalkan red velvet cuppies dkt tombol pintu.ehem.Bila Emir temankan Rai cari mixer.




Okay bila Emir dengan Raina lawan dialog filem Jerry Maguire.*Filem neh saya tak tengok.Tak tau pon tentang kewujudannya.Dan Rai kalah dengan dialog Emir yang menggoda.Haaa.


" What if we stay together..what if we got married ?"

Come onlah Emir,Rai tu muda lagi kot. 21 y/o. Haha.Sungguh Emir tak sabar.haha.Walaupun saya sebaya Rai, kalau saya ditanya sedemikian saya akan cakap tak lah.hohoho.
Gasaklah kalau Emir nak tunggu ke nak cari lain ke kan?hahahah * dreaming dreaming*

Okay.Macam biasa.Setiap satu kisah ,tidak dapat tidak pasti akan diselitkan dengan konflik yang mencabar minda.Konflik yang diketengahkan adalah konflik seorang mak yang mementingkan tahap pendidikan yang tinggi.hewhew.Mak Emir.Saya cuma tertanya-tanyalah ada ke mak yang camginih?haha.Time neh teringat pesanan ustazah saya masa  sekolah menengah,

"kalau kamu nak kahwin nanti,antara kriteria mak mertua cari menantu ialah pastikan kamu pass dengan jayanya tentang hukum nun  mati dan mim mati"



Time neh,gelakgelak je lah kan.Okay.Bila diorang dah kahwen-kahwen gitu,ada perselisihan faham antara Emir dengan Rai.Emir sibuk kejar phD.Rai yang macam rasa terpinggir sebab saya rasalah kan  Emir sangat skima okay.Boleh dikatakan,setiap masa dengan buku,mana tahan.kikkiki.




Okay okay part paling buat saya menyirap.Bila Emir gaduh dengan Rai pasal Zaynn,Pasal Zalia,pasal mak Emir sampai satu tahap terkeluar statement yang boleh sentap lima belas hari.


" Abang tak pernah abaikan keperluan Rai selama ni.Tapi Rai kena faham ..betapa pentingnya semua ni untuk abang.Abang nak dapatkan Ph.D..bukannya ambil SPM"

Time nih saya rasa, Emir sangat pentingkan diri lah.huahua.Kesian pada Rai.Kalau ye pon Rai belajar sampai Spm,tak perlulah keluarkan statement menyentap macam tu kan.Padanlah Rai merajuk.haha.Padan muka Emir.*pergh.terlebih emo pulak.hahaha.Bagi saya,dua dua kena faham la kan tugas masing-masing.

Keseluruhannya,saya rasa SRV ini memang best.Cuma kan kalau nak dibandingkan Emir dengan Ian,still Ian dekat di hati saya.hahaha.Hidup Ian Redza ! hahaha.

Oh btw, saya suka juga bila akak selitkan cerita EJ walaupun sangat sikit okay.haaa.Well,rasanya setakat ini dahulu review ikhlas dari saya.Untuk yang belum memiliki SRV,mohon korang dapatkan SRV di kedai berhampiran yeah.Eh jangan risau happy ending.kikiki

Sorry kalau ada kritikan yang kurang membina,rasanya macam tak dek.kehkehkeh :p Untuk penulis yang sangat ramah melayan peminat novelss,semoga terus sukses dalam bidang penulisan.Dengar cerita dah ada edisi kedua.Ahahaa.
Mohon buat kenduri lahh :D Nanti jangan lupa jemput. *gurau.



K.Terima kasih sudi singgah blog dan baca review SRV.

Jangan berat lagi memberatkan ! Salam. :)


4 comments:

  1. Salam Athirah,
    Mmg kena tarik nafas pjg2 baca review ni...hehe.
    First of all, terima kasih atas kesudian menanti kelahiran SRV dan membacanya. Dan kemudian, meluangkan masa utk menulis review ini, akak hargai sgt...tq! :)

    Dan di bwh ni, jawapan kpd soalan2 Athirah...:)

    1) Kenapa gambar cuppies RV tak jadi penghias cover?
    Sbb kalau cuppies tu as a cover, jadi mcm buku resepi kek pulak...bukan novel..hehe
    2)Mana jumpa watak Syahir?
    Jumpa kat tepi jalan kot? Hahaha. Mmg saje 'cipta' watak yg annoying and sickening utk Syahir tu...nak suruh Raina meluat dgn dia supaya Rai boleh kenal dgn Emir..;)
    3)Ada ke mak mcm watak Ezah (Mak Emir)?
    Ada..segelinitir. Mereka hanya mahu yg terbaik utk anak mereka...;)
    4) Emir pentingkan diri sendiri?
    Mmg itulah yg akak nak tonjolkan...some ppl can be very individualistic. Tapi kan akhir2 tu, dia sedar kesilapan dia...kira ok la tu...hehe. Mmg la tak boleh lawan Ian Redza... sbb perjalanan cerita APD kan berbeza dgn SRV, betul tak? ;)
    5) Kenduri?
    Err... kalau ada rezeki, in sha Allah akan diusahakan.

    Komen Athirah ini bagi akak cukup jujur...terima kasih byk2. Glad u enjoyed SRV!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.Okay.Berpuas hati dengan semua skima jawapan :) hihi.
      Btw thanks for reading my review ...

      Delete
  2. suka cara adik review novel ni.. siap letak sedutan2 dialog.. teruskan review novel2 yg lain plak ye..

    ReplyDelete

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.