Cetusan Idea : Talk : Ijazah Vs Surat Nikah

Friday, March 14, 2014





Cinta itu fitrah. Anugerah yang Allah hadiahkan pada setiap manusia. Dan bila kita , dengan bangganya mengatakan kita tiada rasa cinta itu tandanya kita sebenarnya menghadapi kecacatan dari segi emosi = abnormal :p 

Tapi sejauh manakah cinta yang kita nak bawa itu diberkati, dirahmati oleh-Nya? 

dan ini sedikit sebanyak perkongsian pada malam 13 Mac 2014 di pusat islam Uitm,shah alam. 

perkara yang dibincangkan terlalu banyak dan penyampaian dari panel juga sangat menarik, dengan bingkisan bunga-bunga ummi robiah,dan juga santai dan sempoinya nasihat ustzah isfadiah.. terkadang,khusyuk mendengar sampai tak mencatat :D

Mukadimah.
Setiap yang disampaikan oleh ummi robiah dan juga ustazah isfadiah membuatkan diri mengangguk angguk mengiyakan. Siapa aku? Macam tak percaya terkadang , sibuk mencari cinta, kita lupa kita ni hamba allah yang sepatutnya menunaikan perintahnya,meninggalkan larangannya dahulu. dan kita terkadang lupa, kita anak yang membawa amanah dari ibu bapa untuk mencapai kejayaan... 

Beberapa garis panduan sebelum kita menceburkan diri dalam dunia cinta: 

Bercinta dengan diri sendiri.

Kenapa tidak kita mencintai dan menghargai diri kita terlebih dahulu? sebelum menerima dan memberi cinta kita dengan mudah buat manusia lain? sedangkan masa kita muda kita merupakan peluang untuk menjadi hamba-Nya sebaik mungkin, melunaskan amanah terhadap ibu bapa dan juga menjadi pelajar yang disegani dalam kalangan lecturer dan menjadi sahabat yang mampu seiring ketika susah dan senang..

dan dalam masa yang sama ,cuba menjauhkan diri dari melakukan dosa walaupun dalam hidup kita tidak pernah lekang dengan membuat dosa :( 



"Improve yourself" - ustazah isfadiah. 

I am here to complete who you are, you are there to complete who I am- Ustazah Isfadiah

kalau kita nak seseorang yang baik,kita kena jadi baik dulu. So start melakukan perubahan kearah kebaikan.. perbaiki diri terlebih dahulu.... bina network yang baik..

Kekurangan diri kita sendiri baik lelaki mahupun perempuan,hubungan kita dengan Allah,solat kita, puasa kita, hubungan kita dengan manusia,akhlak kita, adab kita, aurat kita, sikap kita dengan ibu bapa, lecturer,kawan-kawan... 

pengurusan diri kita, masa, setiap yang kita perlu buat based on pada matlamat kita. kalau hidup seharian kita tiada objektif, tak kemana cinta yang kita ada..

Berdoa.

Bukanke ia merupakan senjata orang mukmin?:) doa dari sekarang untuk mendapatkan seseorang yang kita mahu, minta pada Allah melalui doa kita setiap hari, bukan esok nak kahwin, hari ni baru nak doa. hehe.

Ciri-ciri idaman kalbu 

baik lelaki mahupun perempuan. Refer pada surah 
[Al-Mukminun ayat 1-11 ]

sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,orang-orang yang khusyuk di dalam solatnya,dan orang yang menjauhkan diri daripada (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna.dan orang yang menunaikan zakat,dan orang yang memelihara kemaluannya,kecuali terhadap ister-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka tidak tercela.tetapi bagi barang siapa mencari selain daripada itu,maka mereka itulah yang melampaui batas ,dan (sesungguhnya beruntung) orang yang memelihara amanah dan janjinya serta orang yang memelihara solatnya,mereka itulah orang yang akan mewarisi (yakni) mewarisi (syurga) Firdaus.mereka kekal didalamnya.


Konsep istikharah

Solat sunat istikharah perlu dilakukan ketika kita tidak pernah berjumpa atau ada perasaan pada si fulan atau si fulanah.satu cara yang perlu diperbetulkan, Kalau kita dah jumpa, dah ada perasaan dengan seseorang tak mustahil la keberangkalian untuk mimpi org yang kita suka tu tinggi, lepas istikharah asyik keluar muka orang yang kita suka, so? mana kejayaan solat istikharah?  ;) 

Kahwin awal di zaman kampus/Kawal nafsu

Depends pada kematangan seseorang. dan kematangan seseorang dilihat dari segi kawalan emosi dan nafsu. Kalau kita tak mampu kawal emosi yang (-) ve dan juga nafsu, tanda kita tak mampu nak kawal 'percintaan' atau alam rumah tangga. Sebagai hamba Allah, mahu atau tak mahu ,kita wajib menunaikan perintahnya dan meninggalkan laranganNya, tapi kalau kita buat apa yang kita mahu saja, kita telahpun menjadi hamba nafsu.

Kesimpulannya

Rata-rata pemuda/pemudi bercinta kerana trend,kerana tidak mahu dikatakan kolot dan sebagainya.satu persepsi yang perlu diubah.Sedangkan percintaan yang hakiki itu sebenarnya memerlukan matlamat jelas untuk membina percintaan sehingga ke syurga. sebagai seorang pelajar, ijazah(kecemerlangan) itu matlamat yang perlu difokuskan sebab kita membawa amanah ibu bapa tapi kalau  cinta datang seiring biarlah bersih dari segala noda dan kerana-Nya. Sesungguhnya reda Allah dan keduaibubapa itu sangat penting.


Notes: sekadar perkongsian. yang baik dari Allah dan yang buruk dari diri yang menulis,banyak benda yang perlu dibingkiskan tapi hanya ini yang termampu.

yang terlepas talk semalam, boleh join slot yang seterusnya,cekidaout bebehsss.


gambar dari event Ijazah vs surat nikah

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.