Ulasan Buku : Kompilasi Travelog 7 Benua ( Travel Planet Books)



Salam gais. Dah lama juga aku tak review buku/novel ni kan? Ada ke yang menunggu? Kalau ada pun, aku percaya pembaca senyap yang tak sengaja singgah blog ni. Haha. Apa pun, terima kasih sudi singgah dan baca blog aku weh. Jadinya, petang ini, aku nak review satu kompilasi travelog 📚 yang terbaru yang baru je keluaq. Keluaq time pbakl hari itu lah. Kira baru la jugak kan? Ehe. 





Pengenalan: 

Kompilasi Travelog 7 Benua, di terbitkan oleh TMT Press @ MyTravelog. Berharga  cuma Rm25.00 Menggabungkan beberapa orang pengembara tegar yang rata-ratanya aku masih belum familiar kecuali kak et (Siti Noridah), Meor (Meor Farid Asyradi) dan juga Badrul Hisham. Ketiga-tiga pengembara tersebut, aku pernah jumpa masa dengar talk  backpackers di Universiti Malaya bulan 12 hari itu. (Gais, i beli buku ni sebab ada u gais ok?) Haha 🙆🏻 

Mempunyai lebih kurang 210 halaman dan paling menariknya travelog ini, depa letak gambar time depa travel, quotes yang buatkan pembaca berkobar-kobar nak ikut jejak depa jugak. Heh. Dan dan yang lebih penting adalah perkongsian artikel, cerita dan pengalaman mereka semasa travel. Semuanya superb gila! 


Antara artikel yang ada dalam kompilasi travelog ini ialah , Lembah Mati California. Tajuk pun dah buat pembaca rasa nak baca, apa ja yang ada dekat sana. Iye dak? 



Cerita Ida yunus paling kelakar dan lepak kot. Sakit gigi kat tempat orang pun pengalaman juga.  dengan jumpa tok sami yang bagi herba . dan yes, aku suka dengan quotes dia, 'in the end, we only regret the chance we didn't take' 



antara gambar-gambar yang menarik dalam travelog ini, lengkap dengan caption. so kita yang tak sampai kat tempat tu, macam boleh imagine la kan. Syok gak an. Hehe.




Ulasan: 

Aku takdek tanggapan awal pun masa tahu buku ni di terbitkan. Yang aku tahu, bila travelog ini depa mesti penuh dengan cerita pengalaman depa dan gambar - gambar yang superb yang memang aku nanti-nanti kan. Wah gitu sekali eh, 

Jujur la, aku memang suka semua pengembara yang berkongsi pengalaman beraksara mereka ni. walaupun cetusan mereka itu mungkin hanya secebis dari pengalaman mereka yang berjuta-juta lemon itu.

tapi sungguh, aku teruja setiap kalimengikuti cerita setiap seorang darinya. Semuanya ada pengalaman dan kisah tersendiri. Sempoi, selamba dengan gaya penulisan tersendiri. Sampai satu tahap, boleh membayangkan diri kita duk tempat tu. Haha. SS sangat. Berangan sikit tak pa kot. Heh.


Aku betoi-betoi rekomen kat ampa yang suka travel sana sini. Cari pengalaman dari otai-otai ni. Yang tak suka travel pun, aku suggest juga untuk ampa beli. Tak rugi. Serius.  💕 





4 comments:

  1. Salam..!:-):-)
    Boleh saya tahu nak beli buku ni dekat mana????tq

    ReplyDelete
  2. Salam..!:-):-)
    Boleh saya tahu nak beli buku ni dekat mana????tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Hai.
      Utk makluman, buku ni saya beli waktu di pbakl di maeps. kalau nak beli skrg, rasanya kedai buku mana-mana ada atau boleh beli dari penulis terus. boleh cuba contact saudara wazir wazari di http://www.wazariwazir.com/2016/05/02/buku-kompilasi-travelog-7-benua/

      p/s: maaf lambat reply.

      Delete

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.