Review Novel : Cinta Tanpa Syarat, Qaseh Husna

Saturday, August 20, 2016








Tajuk : Cinta Tanpa Syarat
Penerbitan : Alaf 21
Halaman : 496
Harga : RM 25.00 


aku dah habis baca Cinta tanpa syarat, sebuah karya dari Qaseh Husna. Aku rasa dia penulis baru eh? ke tak? 
Aku beli  CTS, sebab ending  dia macam best.
 Nah, ending dia cliche je. haha, tapi jadi aku ni memang sejenis yang suka tengok ending dulu. 

Di awal bab, 

penulis cuba memperkenalkan watak dalam keadaan yang berbeza, dari novel lain. mungkin lah ye. Aril dan Hannah ni jumpa pertama kali dekat Bali. (Aku suka part Bali, sebab aku dah pernah pergi Bali, so dia macam buatkan aku jadi terkenang dan boleh imagine tempat-tempat yang di sebut dalam novel ni.) 

Cinta tanpa syarat ni dia fokus pada Aril dan Hannah yang ditakdirkan bertemu jodoh dalam keadaan yang singkat. Sangat singkat. Iyalah seminggu jumpa balik , terus Hannah terima Aril. dan aku macam err err senang nye Hannah boleh terima Aril. Aril itu digambarkan baik, tapi tak kan mudah snagat kan? haha

(tapi aku baru baca kisah benar, memang ada. so aku fikir masih diterima akal.)

Ada benda yang aku rasa tak berapa logik, kalau benda ni berlaku dalam keadaan realiti. 

kalau kau nak kenal orang itu, tak kan kau tak check siapa orang itu? Ada bab, yang Hannah baru perasan Aril ni anak 'seseorang', anak si Faoruk yang ada company yang gah. Mustahil la tak boleh nak stalk benda cam tu kan? Haha dah kau nak kahwen dengan orang yang baru kenal. tak kan lah kau main terima je, tapi tak pelah. aku baca pun santai santai so takdek lah nak kritik teruk sangat. 

dan juga mungkin penulis nak sampaikan Aril dan hannah ni tak dek syarat tertentu, untuk mencintai antara satu sama lain. tak kira la pangkat ke darjat ke, tapi tak cukup strong la bagi aku, apa yang dia cuba highlightkan. huhu. 

tapi aku suka sikit elemen suspen dalam novel ni, suspen juga bila Aiman dapat tahu yang adik dia kahwin dengan orang yang ada kaitan dengan ex-girlfriend dia. Nak cakap lebih karang, dah tak suspen dah. haha. 

kalau kau cari something yang santai santai je, cinta tanpa syarat ni sesuai lah. :) 

Untuk cubaan pertama, aku rasa wajar lah, aku mengucapkan tahniah kepada penulis kerana dapat menghasilkan novel, tapi mungkin novel seterusnya, boleh menyelitkan cerita dan info atau maklumat baru untuk pembaca, bukan sekadar menekankan aspek cinta :)

p/s: review ni aku copy paste dari Goodreads aku sendiri :) kalau korag ada goodreads, korang boleh add aku dekat GR ok?


21 Ogos 2016,
8.17 Malam, Kuala Lumpur 


1 comment:

  1. salam,
    terjumpa komen athirah dekat entry lama mugmerah, pastu follow2 sampai la ke sini, rindu nak berblog balik, btw pasal novel ni, mugmerah dah lama tak baca novel, sebab kebanyakannya jalan cerita sama. dah mcm drama pukul 7, hehehe, still, lain orang lain minatnya. but i prefer buku yg berinfo, yang ada something new. :)

    ReplyDelete

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.