Program Bicara Karya : Kompilasi Travelog : 7 Benua

Wednesday, August 02, 2017

20 Julai 2017

Just remember that sometimes, the way you think about a person isn’t the way they actually are."— John Green, Paper Towns



Okay aku tahu cerita ni dah basi tapi takpe lah, aku nak share jugak. Haha. Aku berpeluang untuk menjadi salah seorang peserta bagi program Bicara Karya: Kompilasi Travelog: 7 Benua  pada 20 Julai 2017. Aku dapat tahu program ini pun,
lepas terbaca post yang di tag di wall Kak Et.  Bila aku tengok  terbuka  untuk orang luar, tengok pulak venue dan tarikh dia, aku cam okay time tu aku available je, dah tu dekat pulak dengan rumah so daripada aku tak buat apa, baik aku join. Program ini bertempat di Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM KL. 

Sebenarnya aku teruja bila dapat join program ini walaupun program ini berskala kecil tapi aku enjoy habis. Dari awal, aku dengar perkongsian dari Prof Dr. Nordin yang mengulas atau lebih kepada berkongsi tentang pengalaman beliau ketika mengembara di Machu Pichu yang diterjemahkan di dalam penulisan. Memang mengujakan! Paling kagum sebab beliau dah jejak lebih dari 60 buah negara dari 6 benua! Wohaaa! 

Lagi best, perkongsian ini juga membabitkan traveller seperti Moji, Kak Et, Kak Ida Memang gempak habis la kan. Selain dari berkongsi tentang pengalaman yang dibukukan, mereka juga berkongsi tentang tips yang boleh digunakan terutama buat female traveller.

Moji, aku, Kak ida dan Kak Et. Ni gambar selepas bicara karya dah selesai. 

Diorang ni memang best, dah la humble, lepak, sempoi ja. Serius, aku tak terasa asing walaupun aku ni bukan nya traveller tegar pun, tapi itu lah. Aku sempat la sembang dengan diorang, kutip la mana mana ilmu yang boleh aku pegang.




oh ya selain aku teringin mendengar perkongsian pengalaman travel diorang ini, aku juga datang sebab nak bersembang tentang buku-buku travel. Kalau perasan, sebelum sebelum ini susah betul nak jumpa travelog yang di tulis oleh Malaysian. Kalau nak buat research atau baca travelog mesti lah nak kena cari dari penulis luar. Okay mungkin juga ada tapi aku lah yang terlepas pandnag atau tertinggal keretapi. Tapi 

aku mula mengikuti perkembangan Kak Et selepas membaca travelog Kembara Afghanistan dan lepas itu dapat jumpa masa talk backpackers di Kolej Kediaman 12 dua tahun lepas. Selepas itu, Kak et ada keluarkan travelog India Namastee India Kalau korang suka travel melalui buku, korang kena beli! haha. 

👀sembang je lah, bukan selalu nak jumpa pun. ehe.


Dengan Kak Ida. 💓

Aku sempat gak lah ambik notes dari diorang. benda benda simple tapi kalau kita tak ambik tahu, kita tak akan tahu. Untuk beginner yang nak travel tapi nak style bajet, benda penting yang kita kena buat ialah buat research tentang tempat yang kita nak pi tu, sebab dari situ bila kita tahu selok belok tempat tu, baru kita rasa confident nak travel sendiri, bila dah confident , terus lah ada rasa berani. sebab dari kosong tak tahu apa apa pasal tempat, bila buat research, kita tahu apa yang baik apa yang tak baik tentang tempat/negara tersebut. 

Aku suka idea Moji, bila dia kata, bila sampai tempat/negara orang: Back To Basic. Maksudnya dekat sini, dari segi penginapan, makanan, transport semuanya kena back to basic, asalkan ada. Jangan lah kita nak bajet style tapi nak demand kan. Macam tak kena pulak. Utamakan Keperluan bukan kehendak. 

  • Penginapan: Hostel female/mix, courchsurfing.org
  • Transport: Guna public transport/Jalan Kaki 
  • Makanan: Makan tempat local (make sure halal lah), Masak sendiri
  • Keselamatan: Selalu ambik tahu arah yang kita nak tuju. Jangan tunjuk berani sangat, jangan tunjuk takut sangat. Paling penting family kena tahu keberadaan kita. 

Aku sangat berharap akan ada lagi bicara buku ni pada waktu waktu akan datang. Sebelum aku tutup cerita ini, aku just nak bagitahu korang, kalau korang ada masa dan berada di Kl , korang boleh ambik peluang untuk melihat pameran  Foto Refleksi dari 7 Benua yang diadakan di Aras 2 PSZ UTM KL. Pameran dibuka pada jam 8 pagi sehingga 10 pagi setiap hari dan masuk adalah percuma. Pameran berlangsung dari 20 Julai 2017 sehingga 20 Ogos 2017. 






No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.