2018?

Friday, January 05, 2018





Aku terfikir untuk update blog sebagai diari. Tapi mungkin tak selalu lah, mengikut kepada keperluan,  since aku dah mula sambung belajar semula, jadi aku kira banyak perkara yang aku boleh kongsikan. Tapi buat masa sekarang, aku sedang bercuti sem, insya-Allah sehingga hujung Januari. Jadi, perkongsian aku mungkin di tangguhkan sehingga kuliah aku bermula nanti. 

Untuk entri kali ini, aku cuma nak berkongsi perkara-perkara yang berlaku sekitar empat bulan lepas. Ada naik, ada turun. Ada hujan, ada panas. Ada yang aku sangka, dan langsung aku tak sangka
. Empat bulan lepas, aku mula menyambung pengajian di salah sebuah universiti awam jauh di utara. Alhamdulillah.


Universiti mana? Nanti lah aku cerita. haha 

Aku cuma nak cerita, permulaan - fasa - sambung - belajar aku tak semudah waktu degree dulu. Perkara pertama yang terlintas di fikiran aku waktu beberapa minggu kuliah dijalankan. Time degree, Allah permudahkan urusan belajar aku. Ada pun waktu dan ketika, aku rasa susah, rasa berat, rasa susah nak faham, masih mampu relax, bertenang dan tak sampai jatuh air mata. Heh.

tapi kali ini? dua minggu kuliah, aku menangis. 

Gosh. I feel bad. Tapi tak boleh tahan seh. aku sampai pernah terfikir nak berhenti belajar. kalau degree dulu, rasanya nak adapt dengan suasana kuliah, dengan roomate tak ambik masa lama mana pun. tapi this time aku rasa, semua benda tak kena. 

kalau nak diikutkan, negeri yang menjadi pilihan aku ni bukan lah negeri yang aku tak pernah jejak. aku pernah stay hampir 10 tahun. boleh katakan, aku yang sekarang buatan negeri sana. haha tapi agak berbeza bila 10 tahun lepas aku duduk dengan family, tapi sekarang aku menyewa seorang diri. 

sendiri cari penyakit. 
siapa suruh nak menyewa seorang diri? 
kadang-kadang balik kuliah, rasa stress bila sampai rumah, rasa macam orang bodoh pun ada. 
sebab tak boleh terus expresskan perasaan stress pada penghuni rumah.  Masa ni, rasa nak gila pun ada. 

Patut ke aku  kahwin sekarang ni? Haha 

Tapi aku ada sebab kenapa aku tak cari roomate lagi, agak sukar nak cari roomate yang pembersih, pengemas. serius, aku  memang pantang dua bab itu, aku pernah lah diajak untuk tinggal serumah dengan classmate aku, tapi once aku dah pergi rumah dia, aku rasa better aku tak terima ajakan dia. Maybe dia rasa okay, tapi yang tak okay nya aku lah. 

masa mula-mula sampai dulu, tetiba banjir. and everything aku kena prepare sendiri. prepare barang makanan, barang rumah, preparation , kalau banjir teruk, mana hala nak aku tuju kan. Tapi alhamdulillah aku ada kawan yang boleh bantu aku. 

belajar ok? 

Alhamdulillah, kelas aku untuk semester satu cuma tiga subjek. Disebabkan aku tukar course dari Usuluddin ke Kaunseling, jadi aku kena ambik subjek pre requisite. Subjek asas untuk subjek kaunseling. Walaupun aku ada dengar juga orang merungut kena ambik pre requisite ni leceh la apa benda semua tapi aku rasa okay juga, so student yang bukan bidang kaunseling atleast faham dari awal walaupun tak cover semua benda pun. Tapi cakap pasal lecturer? Aku memang happy dapat lecturer yang super duper memahami, kelakar, selalu bagi nasihat, selalu ingatkan student , kenapa kitorang sambung? 

tapi bila tiba bab assignments? 
BARAI weiiii! Haha Selepas setahun tak bergelumang dengan tugasan, aku rasa bodoh sangat bila nak kena buat dari awal. kena belajar dari awal. macam mana nak buat assignment yang di kehendaki. biasalah setiap lecturer ada gaya tersendiri. So aku cuma pastikan tugasan aku mengikut piawaian lecturer je lah. 

  
aku pernah tanya kawan aku sebelum ni yang ambik kos kaunseling. "pre requisite biasanya chill chill je weh. takdek assignment pun." 

bila time aku " Apehal banyak assignment gilaaaa?" 
Haha Okay lah cukup lah pasal assignments. Aku rasa semua yang bergelar student memang akan merasai dan memahami situasi tak cukup nafas nak selesaikan tugasan. Setiap dua minggu, kena submit tugasan. Role-play, presentations, quiz... pheww. Kehidupan seorang student kan? haha 

proses belajar tak kan pernah berhenti. untuk hilangkan rasa tak kuat, rasa tak mampu : enjoy the process bak kata Teme haha

aku tak fikir 2017 adalah tahun 'baik' bagi aku. banyak benda jadi. huru hara. masa untuk adapt dengan suasana baru, classmate baru, environment university yang baru,  (oh mungkin ada satu kebaikan bila aku pindah ke utara, aku lebih rajin jogging? Hahaha Come on suasana tenang, mendamaikan, pandangan menghijau siapa je yang tak terpukau kan? ) 


akhir akhir 2017 paling teruk. boleh jugak aku katakan yang 2017, tahun aku paling banyak menangis. aku tak malu nak mengakui. sebab aku rasa teruk ya amat. aku rasa aku tak mampu nak survive seorang diri jauh di utara (walaupun itu pilihan aku) lol  aku tak tahu macam mana cara terbaik untuk aku deal dengan keadaan baru dan part paling buat aku rasa  tak berguna bila, orang yang aku terlalu sayang terpaksa berdepan dengan masalah. lebih kepada aniaya, tamak kuasa. aku tak pernah berdoa yang tidak tidak. aku percaya rasa sakit kami akan dirasa oleh mereka kelak. waktu ini aku ingat pesanan seseorang yang aku kasihi, ujian, dugaan yang datang itu untuk menguatkan kita. untuk meninggikan darjat kita. apa pun berlaku, Allah sentiasa ada dengan kita. 

dan

aku sangat yakin doa orang yang teraniaya dimakbulkan :') tinggi mana pun kau menjulang langit, kau kena tahu ilmu  Allah paling tinggi. 💕 Alhamdulillah untuk setiap satu ujian yang lepas dan kini. aku yakin semuanya akan berakhir dengan baik. Mudah -mudahan. Khalas 2017, Alhamdulillah. 👏


Bismillah, 2018. 
What is coming is better than what is gone.
Happy new year everyone!


No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.