January Bookhaul

Tuesday, January 16, 2018





Minggu lepas, aku pergi KlCC untuk cari kasut kenduri untuk attend kenduri kahwin best friend aku next week. Alang-alang itu aku cari hadiah sekali dan juga buku buku untuk aku habiskan in January! Wuh! Excited gila aku bila dapat masuk Kinokuniya. Haha 

The best thing bila melepak di Kinokuniya ini, kau boleh stay berapa lama dekat situ untuk cari buku yang sesuai sebelum dapat beli buku yang sebetulnya. 

Tips: Pilih beberapa buah buku yang menarik minat, pergi kaunter berdekatan, minta tolong staff mereka buka kan plastik. Jadinya, kita boleh baca sekilas lalu apa yang ada dalam buku tersebut. 

Okayy, dekat sejam aku pilih buku,  akhirnya aku beli empat buah buku di Kinokuniya kecuali Ibnu Batutta, pengembara ulung Islam. Yang itu aku beli di Pustaka Rakyat, masa itu ada diskaun 20% Off. 

  1. Utusan Cinta Buat Adam, di tulis oleh Myra Ameera dan diterbitkan oleh KaryaSeni (RM27.00)  Aku pilih Utusan Cinta Buat Adam, sebab aku baca sinopsis dia menarik. Search review di goodreads juga rata-rata menyatakan perjalanan cerita ini kemas. Setakat page 366, aku sangat teruja. Cerita dia agak berbeza!
  2. Hiatus, ditulis oleh Budak Tomato dan di terbitkan oleh Iman Publication (RM28.00) Aku pilih Hiatus sebab review di twitter banyak kata best. Tapi untuk start membaca, aku rasa something. Risau kalau best, aku tak sampai hati nak habiskan haha
  3. Nikmatillah Kehidupanmu, karya Dr. Muhammad Al-Arifi, terbitan Dakwah Corner Publications, (RM50.00)
  4. Ibnu Battuta, Pengembara Ulung Islam, diterbitkan oleh PTS Publishing House dengan harga RM24.00.  Tapi yang ini ayah belanja! haha Thank you ayah <3
  5. A Gift For a Muslim Bride, terbitan Dakwah Corner Publications, buku ini ditulis oleh Muhammad Haneef Abdul Majeed. (RM 45.00)  Sebenarnya, kecewa sikit sebab this one bukan hardcover. Tak sure lah yang hardcover dah tak dek keluaran atau masa aku pergi itu memang dah habis. Aku beli untuk bestfriend aku sebenarnya sebagai hadiah kahwin. haha  (p/s: no worries gais, dia tak tahu pun  aku ada blog ni so masih boleh jadikan sebagai kejutan nanti!)

P/s: Aku ada sebab sebab tersendiri bila pilih lima buah buku diatas. Mungkin next entry aku boleh cerita kan eh. Okay bai! 

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.