Review Buku: Pendiam?, Aiman Amri & Aqila Masri


"Mengenali diri itu penting, supaya kita kenal apa potensi diri kita dan bagaimana boleh menyumbang kepada masyarakat sekeliling."



Aku mula tertarik dengan Pendiam? di sebabkan covernya. Simple tapi menjadi simbolik kepada topik yang telah di kongsikan kan oleh Aiman Amri dan Aqila Masri. Sewaktu buku sudah berada di tangan, aku browse sekali lalu isi kandungan terlebih dahulu, dan aku langsung tertarik dengan bab yang kelima iaitu tentang Bertukar Personaliti - Bolehkah? Salah satu persoalan yang aku cari selama ni, dijawab dengan penuh tersusun.

Mengetahui bahawa dunia kita bernisbah 3 ekstrovert dan 1 introvert, buat aku terus melajukan bacaan. Pendiam? ini bukan hanya sekadar berkisar tentang intorvert semata-mata, tetapi penulis juga menyisipkan knowledge tentang personaliti seperti ambivert dan extrovert (extravert).

Aku boleh katakan buku ni, bagus untuk dimiliki oleh semua lapisan masyarakat, supaya kita dapat mengubah persepsi yang salah tentang personaliti introvert. Buku ini juga membantu kita untuk lebih memahami dan mengenali diri dan orang lain.

Terlalu banyak maklumat baru serta penjelasan yang diketengahkan oleh kedua-dua penulis ini tentang introvert dan juga kaitan dengan isu-isu semasa seperti depresi. Ada juga ujian personaliti diri untuk kita jawab sekadar panduan asas (Yang ni best ya, sebab aku minta parents aku jawab ujian ni haha) teknik dan tips yang sesuai buat intorvert. Paling penting buku ini bukan sekdar retorik tetapi boleh dijadikan manual untuk perbaiki diri.

Personaliti ini merupakan sebuah spektrum, bukan bersifat hitam dan putih sahaj. Dalam diri kita, tetap ada personaliti introvert dan extrovert tetapi dominannya yang mana?

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.