Review Buku: Kekok, Akif Basri


"Keberadaan kita bersama seseorang, walaupun tanpa lisan boleh membuatkan individu itu rasa tidak keseorangan. Keberadaan itu lebih penting dari respons yang betul dan sempurna."

 


Aku setuju dengan quotes diatas 💯. Rata-rata dari kita, sebenarnya memerlukan tempat berkongsi dan meluahkan rasa bukan untuk mencari solusi, tetapi lebih kepada memenuhi keperluan emosi. Dan kalau kita mampu dan berusaha untuk mendengar dengan baik dan aktif, ia sudah mencukupi dan memenuhi keperluan emosi peluah tersebut.

Tapi macam mana nak menjadi pendengar dengan baik dan aktif?

Nah, pada aku, Kekok telah menjawab persoalan ini dengan berfokus, tersusun, dan padat, dengan menggunakan bahasa yang tidak terlalu akademik.

Sebenarnya, pertama kali aku tengok tajuk Kekok dan penulis yang menulis buku ini, aku dah teruja! Ia lebih kepada wooho!😍 Finally ada seseorang yang memang 'ahlinya' menulis tentang kemahiran mendengar yang pada aku sangat berguna & membantu menyeimbangkan komunikasi semua. Apatah lagi, aku memang mengikuti penulisan Akif Basri di twitter. Aku jadi tertarik untuk mendapatkan Kekok kerana penulis, topik dan konsep cover buku tu sendiri.

Membaca Kekok pada bab awal saja sudah membuatkan aku mengiyakan apa yang penulis bawakan. Penulis menyentuh bagaimana kita perlu memahami posisi dan peranan kita sebelum kita offer diri atau menerima - untuk menjadi pendengar. Penting, supaya kita tidak rasa terbeban atau rasa disusahkan dan sekaligus dapat mengurangkan persepsi sesetengah dari kita, apabila menjadi pendengar, kita kena sediakan solusi yang power, nasihat yang bernas atau menjadi pendengar, atau kita perlu membalas sekerap mungkin, sebagai tanda kita mendengar.

Penulis juga telah mengupas dua topik utama iaitu:Komunikasi secara berhadapan & Komunikasi secara di alam maya dengan menerangkan konsep umum, kemahiran yang praktikal berserta contoh. Ia memudahkan pembaca untuk memahami dan mencuba.

Pada aku, Kekok ini bukan sahaja membantu kita untuk menjadi pendengar yang aktif tetapi juga membantu kita untuk menjadi peluah yang memahami (kalau nak tahu maksud ni, korang kena dapatkan Kekok ok?) Dan, sekali lagi aku rasa buku ini bagus, kerana diakhiri dengan anjuran berkomunikasi dengan berkesan dalam Islam.

Nota: Sejujurnya, aku membaca buku ini dengan meletakkan diri sebagai kaunselor dan juga masyarakat awam. Sebagai kaunselor, aku tak nafikan, yang kesemua ini, sudah ada dalam pengetahuan tetapi jika, aku membaca sebagai masyarakat awam, ternyata buku ini sangat baik untuk dimiliki oleh semua orang. Buku ini boleh dijadikan panduan untuk kita belajar dan praktikkan dan sesuaikan dengan keadaan komunikasi kita. Untuk rakan kaunselor, buku ini akan mengukuhkan lagi kafahaman dan kemahiran kita terutama untuk komunikasi di alam maya.

Highly recommended! Tahniah Akif Basri kerana menghasilkan buku ini! Semoga lebih ramai yang mendapatkan buku ini :)


No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.