Book Photography : How I Take My Bookstagram Photos (For beginners)

Friday, April 10, 2020







"Because every photo has a story to tell" 



Sebenarnya, aku dah lama nak buat post berkaitan how I take my book photos especially untuk bookstagram feed. Apatah lagi, sejak kelebakangan ni ada beberapa kawan dari bookstagram juga mencadangkan untuk aku berkongsi tips cara-cara aku mengambil gambar untuk aku muat naikkan di sosial media aku seperti instagram, facebook, blog dan twitter. Awal-awal haritu, aku terfikir untuk buat vlog proses untuk mengambil gambar tapi macam biasa, akan ambil masa sikit sebab aku nak ambik video, edit sikit dan benda-benda macam ni buat aku aku procrastinate gitu kan...Jadi aku rasa aku berkongsi dekat sini terlebih dahulu sebelum aku buat vlog proses tu nanti ok. 

Apa Itu Bookstagram?

Personally, dengan bahasa mudah, bookstagram ini merupakan akaun instagram yang dibuat khas oleh seseorang dengan tujuan untuk berkongsi tentang apa-apa  gambar yang berkaitan buku. Boleh jadi, berkongsi tentang review buku, berkongsi tentang buku-buku baru atau lama, berkongsi tentang perpustakaan, kedai buku di dalam atau luar  negara, berkongsi tentang bookshelves dan sebagainya. 

Disclaimer: Aku bukan seorang yang pro untuk berkongsi tentang term-term fotografi sebab bukan bidang aku, cuma mengharapkan perkongsian ini dapat membantu kawan-kawan yang lain untuk buat improvement terhadap gambar-gambar mereka, agar nampak lebih kemas dan sedap mata sendiri nak pandang feeds ya.

Tips untuk mendapatkan bookstagram feed sedap-mata-memandang:

1. Tema 

Melalui pemerhatian aku, terdapat beberapa tema yang sering digunakan oleh bookstagram di Malaysia tetapi dua yang menjadi pilihan utama iaitu tema bebas dan tema flatlay. 

Kalau korang perasan, tema yang digunakan oleh nebo dan die  ni bebas dari segi angle, susun atur buku dan props. Aku melihat neboreads menggunakan ruang yang sedia ada mungkin di ruang bacaan atau bilik nebo sendiri manakala read.o.die pula lebih sinonim dengan 'nature'. Namun kedua-dua bookstagrammer ini mempunyai identiti tersendiri. 


Tema flatlay pula pada aku mempunyai piawaian tertentu, penggunaan props yang agak banyak, lebih 'art' tetapi memerlukan konsistensi dan kerajinan yang sangat tinggi serta kesabaran yang berlipat kali ganda. Bookstagrammer yang konsisten dengan flatlay rata-ratanya sangat kreatif dalam susun atur props. Kalau korang minat dengan tema flatlay, korang boleh follow siriusiqa dan trulybynia




Sama ada korang memilih untuk bertemakan tema bebas atau flatlay atau apa sahaja. Terserah. Ikut lah preference masing-masing, kerana akhirnya diri sendiri juga yang nak tengok feeds tu. hehe. To be honest, aku start bookstagram dengan bertemakan bebas, lately aku cuba untuk konsisten dengan flatlay, tapi nampak gayanya aku kena berpatah semula dengan tema bebas 😝


2. Kamera

Bila korang dah decide tema pilihan, korang perlukan kamera untuk menghasilkan satu gambar (sebenarnya banyak gambar, korang tak akan dapat hanya sekali klik- terus perfect haha) Korang tidak semestiya memerlukan kamera yang fancy ya. Kamera dibawah hanya untuk tujuan gambar sahaja. Aku personally, lebih suka guna kamera di telefon, kerana lebih mudah untuk ambil gambar dan filter.Apa-apa jenama smartphone, tak jadi masalah ok. No worries. 



3. Background

Seterusnya, korang perlukan satu background yang akan jadi main background untuk kebanyakan gambar korang nanti. Boleh jadi, quilt/comforter, papan/kayu, meja kerja/meja belajar/ bookshelves, canvas, nature atau apa-apa sahaja yang memang dah ada di tempat korang. Aku selalu guna dua background iaitu quilt dan bookshelves aku. Sebab itu je yang ada dekat rumah. haha. Aku pernah juga gunakan fabrik tudung warna putih. Dan tak semestinya putih ya, korang boleh je pilih apa-apa warna mengikut preference korang sendiri. 


4. Props

Bagi props pula, korang boleh gunakan apa sahaja barang/material yang korang ada (if korang tak ada bajet) Kebiasaannya, kalau aku ambil gambar berlatar belakangkan bookshelves, aku tak guna props pun melainkan jari-jemari aku yang ibarat sosej ni. haha Tapi kalau buat flatlay, korang perlukan sedikit props untuk memeriahkan keadaan dan menarik minat. Selalunya, aku guna bingkai gambar, koleksi buku yang ada, bunga segar/kering. Bunga kering jangan buang ya, simpan selagi boleh guna. Haha. Cheapskate haha



5. Lighting - Natural light

Korang memerlukan natural light untuk menghasikan gambar yang lebih jelas dan lawa. Yang ini aku pun masih struggle ya, sebab aku tak dek lah devoted sangat nak tunggu natural light ke apa kan. so kalau perasan feeds aku pun masih tak sekata. Gambar yang di ambil dengan menggunakan natural light dan artificial light, memang berbeza. Dia akan menjejaskan waktu editting dan filtering juga.

6.  Filter  apps

Sebelum tahun 2020, aku selalu guna VSCO. Sebab itu satu-satunya filter apps yang mudah gila nak guna tapi lately, aku guna filter yang ada di telefon saja. Dari segi lighting dan filter/editting ni terserah korang semua la ya. Selamat bereksperimentasi!

Proses: 

Flatlay :

1. Crumple kan quilt tersebut,  bagi dia maca ada effect serabut-serabut macam tu ok,
2. Ambil buku-buku yang ada, letak di bahagian tengah,
3. Letak buku yang kita nak fokus di atas buku-buku tersebut supaya dia tak tenggelam dalam quilt.
4. Bunga kering, letak la diposisi yang korang suka, macam dalam gambar ni, aku letak di bahagian bawah kanan gambar.
5. Untuk balance kan bahagian kiri gambar, taburkan bunga kering yang ada atau letak la props lain supaya dia tak janggal kekosongan.
6. Ambil gambar.
7. Edit/Filter gambar korang mengikut preference korang sendiri.



Bebas:

1. Angkat buku, bagi duduk tengah-tengah dengan tangan kiri
2. jari jemari aku ibarat sosej itu menjadi props ya.jangan gelak.
3. Ambil gambar dengan tangan kanan
4. Edit/Filter gambar mengikut preference korang sendiri



Aku rasa aku dah kongsi yang betul ringkas dan perlu sahaja. Semoga yang membaca dapat manfaat.  Kalau korang beginner sekalipun, jangan risau dengan kemenjadian. Sebab aku nak bagi konsisten gambar aku pun ambik masa yang lama. Kebanyakannya, aku belajar bab-bab gambar ni dengan 4 orang bookstagrammer yang aku mention tadi itu (nebo, diey, siqah & nadia). Korang boleh follow instagram diorang. Diorang tak lokek ilmu dan banyak berkongsi tips dengan aku. Kalau korang gunakan tips ini korang boleh tag aku dekat athirah_bookstagram okay :) 
.
.
Stay safe everyone. Stay Home Read Books. 

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.