Dia...Dalam Ramai & Langit Tetap Biru, Syud



"Cerita-cerita Syud, mostly simple dan manis dengan cara pengolahan tersendiri..." 

Sebenarnya, aku tak puas hati dengan filter gambar aku ni tapi, sebab aku malas, aku puas kan hati je.heh


Boleh di katakan aku agak lambat mengenali karya-karya Syud. Walaubagaimanapun, aku tetap  berjaya mendapatkan keempat-empat karya utama Syud. Selebihnya, karya Syud digabungkan dengan penulis-penulis lain. Aku tak berniat nak  menulis ke semua review Syud, tapi aku akan share link review keempat-empat buah novel Syud di bawah ok? 

Untuk Awak Teja Aulia 

Okay. Untuk Awak Tejau Aulia, aku tak sertakan review sebab aku tak buat review sebab masa itu entah apa yang merasuki ku untuk tidak menulis review. hehe. Nantilah kalau aku rajin, aku baca semula dan sertakan review. Tapi aku rasa sekarang ni agak sukar nak cari, disebabkan Jemari Seni sendiri dah berhentikan operasi dan juga novel-novel Syud ni dah lama. So, kalau korang nak cari, korang kena rajin cari yang preloved ok? 

-
-
-

Dia... Dalam Ramai dan Langit Tetap Biru aku baca menerusi apps PNM e-reader. Alhamdulillah waktu aku masuk PNM tu dua dua cerita Syud available, aku terus pinjam. Bila aku baca cerita Syud, baik Langit Tetap Biru atau Dia... Dalam Ramai, perasaan aku tetap sama. Cerita Syud ialah cerita yang simple dan tak akan lari dari tema kegemaran aku, persahabatan, percintaan dan kekeluargaan. Cerita Syud ini ialah cerita kebanyakkan kita. Cerita yang kebanyakkan kita lalui, baik melalui terjemahan watak lelaki mahupun watak perempuan. Cerita Syud sinonim dengan latar belakangkan negeri Johor. Syud tak perlu try hard untuk cipta dialog yang cheesy untuk memperlihatkan manisnya cerita dia. Cerita Syud sempurna dengan sederhananya. Aku boleh katakan, ceritanya dekat dengan 'kita' sekurang-kuranya untuk aku. 

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.