Hidup Yang Aku Pilih, Muharikah.



"Tidak ada doa yang lebih menyentuh perasaan melainkan doa yang kita minta di saat sedang kesusahan dan penuh pengharapan kepada Allah". - Muharikah



Honestly, siapa-siapa yang mengikuti perjalanan Bookreview aku dari awal sehingga ke hari ini, akan perasan yang aku jarang-jarang sekali review buku bergenre non- fiction. Ada banyak sebab. Salah satunya sebab orientasi otak aku sendiri yang prefer fiction berbanding non-fiction. Aku lebih suka membaca cerita dan beri tanggungjawab, untuk aku sendiri ekstrak apa mesej yang nak disampaikan oleh penulis, dan susun mengikut keutamaan peribadi. 

Tapi kenapa aku masih meneruskan Hidup Yang Aku Pilih ini? Okay. Ada beberapa keistimewaan yang membuatkan aku mula membaca dan berjaya menghabiskan. 

"Hidup ini amat berharga, pilihlah jalan yang membahagiakan kita. Hidup kita hanya bersifat sementara, jangan laluinya dengan rasa terpaksa dan terseksa." 

Buku ini mengingatkan aku tentang pilihant yang kita perlu buat untuk menjadi lebih baik dari masa ke masa. Walaupun  tema utama dalam buku ini banyak  dijelaskan oleh penulis-penulis lain tapi pada aku, penjelasan dalam buku ini bersifat lebih menyeluruh dan sangat teliti. Paling penting, Ia tidak bersifat retorik semata sehingga membuatkan pembaca tertanya-tanya, how to do it? Sebaliknya, pada aku, buku ini lengkap dengan manual yang berintonasi "beri galakan" dan  bersifat memberi ruang kepada pembaca. Apa yang kita patut buat kalau mahu begini, kalau jadi begini?  

Buku ini mempunyai 17 bab dan setiap bab dirungkai dengan santai tetapi padat. Aku tak ada bab-bab spesifik yang aku nak highlighkan sebab pada aku dari bab pertama sehingga ke bab terakhir sama-sama penting dan kalau kita baca betul-betul, ia akan memberi impak kepada persepsi kita tentang banyak perkara dalam hidup.

Walaupun buku ini merupakan terbitan 2017 tapi aku kira buku ini akan sentiasa relevan. Untuk yang selalu ada keingin untuk buat self improvement tapi tak pasti nak bermula dari mana. Aku suggestkan buku ni. Tapi aku tak pasti kalau buku ini masih dijual oleh Iman Publication, tapi kalau masih ada, aku suggestkan korang untuk beli. 

               "Jika anda mampu bermimpi tentangnya, anda mampu mencapainya" - Walt Disney 

P/s: Jauh di sudut hati, aku mengharapkan aku baca buku ini lebih awal :)

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.