Terukir Cinta, Anna Lee.





"Life is about finding and creating yourself. Then, you will found someone to love 'till the end'. - 
Julia Esqa




Waktu RMO begini, kita cenderung untuk bust sesuatu yang bukan kebiasaan. Sebagai contoh, siapa yang mengikuti facebook, bookstagram dan blog, akan mengenali aku seorang yang 'lama' . Maksudnya aku kurang berminat untuk mendapatkan e-book, sebab aku dah biasa baca buku secara fizikal tapi disebabkan RMO, tak boleh keluar rumah untuk ke bookstores, kalau beli secara online kebanyakkan juga akan pos selepas RMO. Jadi, disebabkan aku tak terasa nak TBR buku-buku aku, jadi aku cuba PNM e-reader!

Buku pertama yang aku berjaya baca ialah Terukir Cinta yang ditulis oleh Anna Lee. Ini juga novel pertama Anna Lee yang baca. Aku adalah terbaca review buku-buku Anna Lee ini, kebanyakkan review yang memberansang dan menarik minat untuk terokai cerita Anna Lee. Jadi, bila aku tengok Terukir Cinta berstatus pinjam, aku terus pinjam. Lambat sikit, mesti aku kena ambil turn. hehe. 

Aku start baca 28 Mac dan aku selesai baca pada 29 Mac. Maksudnya itu apa? Maksudnya cerita ini menarik! Walaupun plot ceritanya aku dah boleh agak berdasarkan sinopsis. tapi aku merasakan cerita ini seronok untuk dihadam. Aku pernah mention sebelum ini, kalau cerita itu buat kita tak mahu berhenti, itu tandanya cerita ni berjaya menangkap attention kita. To-be-fair aku tak perlu sentuh plot dan tema kerana ia merupakan trend ketika 2013. Pada aku ia jatuh status cliche, tapi perkara yang membuatkan aku seronok untuk teruskan ialah pemilihan ayat dan kesinambungan bab. Perfect! I really enjoyed it. Cerita ini bersifat straight forward, namun Anna Lee berjaya 'meluaskan' event-event tertentu menjadi lebih real walaupun begitu, ia tidak draggy ya. 

Ada 4 tanda tanya yang pada aku memberi kesan kepada watak utama iaitu Nadia dan Khalif. Ada tiga yang aku berjaya tebak dengan baik. Aku dah boleh agak, what happened next kepada beberapa tanda tanya tersebut. At this point yang membuatkan aku rasa impressed dengan Anna Lee. Beberapa tanda di letak di beberapa bab dan jawapannya diketahui di bab akhir, pendek tapi padat! In term of characters Nadia dan Khalif? Aku suka karakter Khalif tapi aku tak gemar  karakter Nadia. Sorry. Nadia seorang terlalu emosi dan unpredictable!. 

Overall, Terukir Cinta tetap memberi kesan sehingga aku rasa aku perlu mendapatkan novel-novel Anna Lee. Heh. 







No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.