Review Buku : Jagakan Aku, Syu Ariani


"Whoever fights monster should see to it that in the process he does not become a monster. 
And when you look into the abyss, the abyss looks into you." - Friedrich Nietzsche


Aku ada empat buah novel yang aku beli tempoh hari. Keempat-empat novel tersebut, aku kira agak berat. Berat kerana melibatkan genre yang diluar kebiasaan dan juga melibatkan mainan emosi. Aku terpaksa buat timbang tara  sebelum memilih untuk membaca Jagakan Aku. Sangat penting untuk aku pilih novel mana yang aku perlu baca seiring dengan persediaan mental dan keinginan aku. Haha nampak macam eh nak baca novel pun perlu persediaan ke? Over sangat. Haha Orang lain aku tak tahu, kalau aku, memang perlu. Sebab persediaan dan keinginan itu akan lead mood aku untuk membaca dan sekaligus merangka review yang lebih baik. Aku boleh katakan, Syu Ariani salah seorang penulis yang berani untuk mencuba menulis pelbagai genre. Kalau perasan, 100 Hari Mengenal Cinta (Cinta romantik dan kekeluargaan), Anastasia (Cinta aksi dan thriller) tapi kali ini,

Jagakan Aku bergenre psiko-thriller
.
Untuk aku, genre ni sesuatu yang baru. Walaupun begitu, dari awal pembacaan, aku jatuh suka dengan Jagakan Aku kerana penulis mampu membuatkan pembaca untuk 'stay' dengan lebih lama untuk menyingkap satu-persatu tanda tanya di sebalik peristiwa yang terjadi. Menceritakan tentang Ana Zahirah yang secara tidak sengaja bertemu dengan satu kejadian yang menimbulkan trauma padanya. Sejak itu, hidup Ana Zahirah sering menjadi mainan Devil Angel! Permainan yang sangat kejam sehingga mengorbankan banyak nyawa!
.
Pada aku, membaca Jagakan Aku, memerlukan konsentrasi yang lebih sedikit kerana adakalanya seolah-olah kita yang merungkai apa yang berlaku. Sejujurnya, ceritanya berat, bukan sahaja kerana plotnya yang padat, tetapi memerlukan kita untuk bermain dengan emosi yang turun naik. Penggunaan flashback yang agak banyak, menuntut untuk kita berfikir namun setiap peristiwa yang berlaku kepada Ana Zahirah digambarkan dengan jelas dan membuatkan pembaca dapat mengikuti satu persatu
.
Pada aku karakter Ana Zahirah merupakan karakter yang baik untuk dirai. Hidupnya tidak 'meriah' kerana peristiwa lalu, tetapi tidak menjadikan dia seorang yang lemah. Keberanian dia, menukar kelemahan dan ketakutannya sebagai kekuatan. Lebih mengujakan apabila peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh Ana Zahirah dilengkapi dengan keseimbangan gabungan watak dan perwatakan seperti Muzaffar, Imelda, Damia, Ethan, Izz dan ASP Aydin. 
Mencari dan membongkar identiti Devil Angel sesuatu yang mendebarkan dan mencemaskan! Ia melibatkan permainan 'personaliti',  'jiwa' dan 'kehidupan'. Namun disebalik cerita ini, tersingkap mesej yang baik untuk semua lapisan. Rentetan peristiwa di dalam Jagakan Aku adalah disebabkan 'perkara' yang pada sesetengah orang kecil, tetapi tidak pada sesetengah yang lain.
.
Aku kira Jagakan Aku sangat menarik untuk diterokai untuk sesiapa yang ingin membaca sesuatu yang lebih berat! Highly recommended. Tahniah Syu Ariani kerana menghasilkan karya yang berkualiti. Teruskan menulis!  Korang boleh dapatkan Jagakan Aku di Karyaseni.
.

2 comments:

  1. Buku first dari Syu Ariani yang ika baca. Lepasni nak baca karya dia yang lain pula :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya kita baru je discover tentang Syu Ariani. Personally, kita rasa Syu Ariani ni seorang penulis yang berani variasikan genre. Dari novel pertama sampai novel keenam ni rasanya, macam-macam. Tapi boleh dikatakan, berjaya la penulisan Syu. Tapi banyak-banyak yang dah baca, Jagakan Aku ni yang paling fav! hihi. Ika boleh cuba baca Anastasia & Ursula pula :)

      Delete

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.