Review Buku : Samping Ungu, Hezzy Azra


Samping Ungu, merupakan karya  yang ke- 13 dari Hezzy Azra. Sebuah cerita yang pada aku manis kerana jalan ceritanya mengisahkan tentang seorang pemuda, Idriz yang mempunyai pengalaman dan sejarah yang lampau sehingga memberi kesan kepada perwatakannya sehingga kini. Hidupnya sepi tanpa keluarga disisi

Berbeza dengan Iliani, anak bongsu yang mempunyai keluarga yang lengkap, seorang yang nekad, tetap berusaha untuk bekerja untuk menyantuni cita-citanya. Pada awalnya, pertemuannya dengan Idriz tidaklah begitu baik, namun pertemuan demi pertemuan yang  lain memberi ruang  kepada Idriz dan Ilani melihat dan menghargai kehidupan mereka lebih dari yang sepatutnya. 

Kisah mereka berdua ni, tidak lah berat tapi memandangkan aku baca sewaktu akhir Ramadan nak ke Syawal, dan latar masa kisah ni juga antara Ramadan dan Syawal, membuatkan cerita ni terasa dekat dengan aku. Idriz yang mengambil peuang untuk melihat dan memperbetulkan semula kehidupannya yang lepas, Ilani menanti dan memberi ruang dengan penuh sabar. 

Untuk aku yang dah lama tak baca novel Hezzy Azra, aku kira Samping Ungu sebagai pengubat rindu aku terhadap penulisan-penulisan Hezzy Azra sebelum ni. Aku mengharapkan ceirta ini tidak berhenti setakat ini. 

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.