Cara Review Buku dengan mudah
How do you learn to susun ayat for book reviews? Love reading them. Hehe
Susunan ayat dalam review buku hasil daripada proses gabungan antara elemen review dan apa perasaan aku ketika membaca buku. Sesuaikan.
Cara-cara membuat review buku dengan mudah
1. Membaca sambil menulis catatan
Apa yang perlu dicatat sewaktu membaca? Ada dua.
a ) Elemen review - Boleh memilih untuk berkongsi perkara yang best tentang buku tersebut dengan menyentuh elemen review seperti cover, plot cerita, tema, konflik, perkembangan watak dan lain-lain
b) Perasaan atau pandangan ketika membaca - Boleh kongsikan apa yang anda rasa semasa memulakan pembacaan, di pertengahan bab atau perasaan apabila sudah membaca keseluruhan cerita.
2. Menulis semula catatan di platform yang lebih jelas
Bertujuan untuk baca semula catatan tersebut. Platform yang boleh aku cadangkan ialah:(Bahagian ini boleh skip kalau anda seorang yang boleh menyusun didalam otak anda. Haha)
a) Blog
b) Goodreads
c) Atau mana-mana platform yang anda selesa
3. Perbaiki susunan ayat catatan tadi menjadi sebuah review yang lengkap.
Boleh baca semula. Perbetulkan dan lengkapkan review dengan menggunakan susunan ayat dan pemilihan perkataan yang lebih baik, lebih catchy dan paling penting sedap dibaca.
4. Perkara paling penting untuk yang baru nak mula untuk menulis review buku ialah
Practice! Mula dan tulis sahaja dahulu dan belajar perbaiki dari masa ke masa. Okay?
Athirah Amri,
Bookstagram: athirah_bookstagram
Goodreads: athirah amri
ooo.. tenkiu untuk tips review buku :)
ReplyDeleteSama-sama :) Selamat mencuba! ehe
Delete