Review Buku: Malam 1000 Bulan, Kompilasi Cerita- cerita Manis.
"Dear Ayah, I met someone and I really like him...I promise you one thing, I'll only decide what the best for me..
Dengan senang hati, aku membaca Malam 1000 Bulan tanpa rasa jemu. Kompilasi cerita-cerita manis ini merupakan hasil penulisan yang dioah cantik, santai dan 'sedap' secukupnya oleh lima orang penulis yang berbeza dari penerbitan @kakakscribble .Perasaan aku ketika membaca Malam 1000 Bulan ini mirip ketika aku membaca novel-novel dari Jemari Seni.
Sesiapa saja pernah membaca Jemari Seni, akan bersetuju dengan aku? (Begitu confident, bukan?) haha
Ada 5 cerita yang berbeza namun mengetengahkan tema besar yang hampir sama iaitu tentang kekeluargaan, perhubungan dan percintaan, survival hidup, dan juga kesempurnaan memenuhi impian dan harapan. Ada cerita berlatar belakangkan current situation- Covid-19 & PKP. Ada cerita tentang 'covid' dari perspektif seorang doktor menghadapi saban hari, cerita tentang seseorang yang terpaksa mencari alternatif lain untuk terus 'hidup'. dan beberapa cerita lain mempunyai ceritera tersendiri.
Yang membuatkan aku tidak jemu adalah kerana, dialog dan gaya bahasanya yang santai dan memaknakan. Bila aku baca, aku merasa.
"Dear Ayah, I met someone and I really like him...I promise you one thing, I'll only decide what the best for me..."
Dari kelima-lima cerita yang ada, aku suka dengan semua tetapi paling buat aku merasa ialah Dear Ayah, perjalanan sebuah kisah cinta. Ia sebuah cerita seorang anak yang mencari cintanya dengan mengejar impiannya di Turki setelah mendahulukan impian ayahnya dan sentiasa mengingati kenangan bersama arwah ayahnya melalui sebuah diari.
Love, Kasih pula tentang bagaimana perbezaan generasi mendukung sebuah rumahtangga- aku suka dengan nilai yang dibawa oleh Nir dalam Love, Kasih. Kisah suami, cuba menjaga antara isteri dan seorang nenek.
Daun Maple Diufuk Senja & Lily Ameena... Yang Manees menceritakan tentang jodoh itu akan tiba bila sampai wkatunya, tidak lambat, tidak cepat dan kadang-kadang dengan insisden yang langsung tidak terjangka. Tart Nenas Honey Madu pula, ceritanya simple tentang seorang gadis berusaha mencuba untuk membuat kuih tart untuk kelangsungan hidup apabila PKP.
Keseluruhannya, aku suka dengan Malam 1000 Bulan! Ada pun yang perlu diperbaiki, dari segi dua tiga perkataan yang typo dan juga cerita yang ada sedikit tergantung (harapnya aku lah yang bersalah sebab aku rasa, macam eh. macam ni je habisnya?" Apa-apa pun Tahniah kepada kesemua penulis. Aku mengharapkan akan ada novel seterusnya kerana setidak-tidaknya boleh menggantikan rasa yang sama ketika membaca novel di JS. Semoga terus menulis dan menghasilkan karya yang lebih berkualiti.
No comments:
Thank you!