Review Buku : Bunga Api, Orked. V


Orang yang ada masalah dekat sini...Selalu ingat yang dia orang tak ada apa-apa. Dia orang sihat. Tapi dalam ni macam ada bungai api yang sedang meletup di udara. Bersinar tapi membutakan.



Aku beli Bunga Api sebelum Ramadhan lagi sebab ada yang review, kata Bunga Api ni tentang mental illness, cumanya bila nak nak baca tu aku macam teragak-agak sikit. Sebab aku risau, aku tak dapat merasai apa yang aku expect dari novel ni. Tapi dalam masa yang sama, aku tetap rasa Bunga Api bakal menjadi novel yang menarik untuk diterokai.

Jadi, bila aku dah baca, ia betul-betul melangkaui jangkaan aku. Pada aku, Bunga Api, salah sebuah novel yang best yang menceritakan tentang Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) dengan jelas. Aku sangat kagum dengan ciptaan Event-event yang menjelaskan tentang PTSD kerana ia mudah untuk kita faham, apa yang berlaku kepada main character, Najmi dan yang lebih penting, event-event tersebut mampu membawa kita memahami dan merungkai cerita yang bergenre-kan psychological-thriller. Aku pasti penulis membuat rujukan yang terperinci sehingga mampu menghasilkan naskhah ini.

Selain itu, yang menarik lagi tentang Bunga Api ini ialah ia bukan hanya berkisarkan tentang kisah Najmi dan Maria, tetapi kesemua watak mempunyai jalan cerita tersendiri. Pada aku penulis sangat pandai mengolah dan menyusun dan seiringkan perkembangan plot dan perwatakan.

Keseluruhannya, aku sangat suka dengan Bunga Api dan suka untuk aku cadangkan kepada sesiapa yang nak baca sesuatu yang berkaitan dengan personaliti, mental illness tetapi dengan pemilihan ayat dan perkataan yang buatkan kita faham dan rasa wow! Tahniah Orked V!

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.