Review Buku: Pematah Hati Yang Tak Dirindukan ( Saifuddin Hamizan & Baha'uddin Hamizan)

 

Semestinya hati yang terluka itu sukar untuk dibuka kembali namun makna cinta yang sebenar apabila kita memberi peluang kepada yang lebih berhak

Aku kongsikan quotes diatas kerana ia menggambarkan secara tersirat tiga bab utama yang ada dalam buku ni. Ia berkaitan tentang falsafah bercinta, kesilapan dalam percintaan dan tips untuk bangkit selepas putus cinta


Personally, aku rasa ia sebuah naskhah permulaan yang baik untuk aku hadam tentang perhubungan/ percintaan/perkahwinan- buku ni datang tepat pada waktu aku buat decision untuk membaca sesuatu yang related dengan relationship


Walaupun pada awalnya aku skeptikal dengan tajuk, tapi bila aku dah mula baca, aku rasa wow dengan contents dan kupasan yang dicoretkan oleh penulis


Perkara yang aku kagumi ialah bagaimana penulis bukan hanya berkongsi tentang isu-isu perhubungan/percintaan dari pandangan  Islam tetapi turut disesuaikan dengan waqi’ setempat (latar belakang masyarakat, cycle, cabaran & fungi tempat tertentu) terutama dalam buku ni fokusnya mungkin masyarakat melayu Islam - contoh-contoh yang dikaitkan dalam setiap topik juga relevan dan boleh relate dengan diri, & lebih penting realistik


Keseluruhannya, aku suka dengan content dan kupasan @saifuddinhamizan  Buku ini walaupun mungkin ditulis untuk sesiapa yang ingin move on dari kecewa dalam percintaan. Tapi aku boleh katakan ia  sesuai kepada yang sesiapa yang belum pernah bercinta - supaya atleast kita tau what to expect bila bercinta atau  dah pernah bercinta, kecewa tapi nak reset tentang sebuah percintaan- nak start semula, mungkin sebelum ni bercinta sebab ikut ikutan & so on. Tahniah @saifuddinhamizan & semoga terus menghasilkan naskhah yang berkualiti 


Q: Dekat mana boleh beli buku ni? 

Paling senang dan mudah. Korang boleh terus DM je penulis @saifuddinhamizan  atau beli di shopee mustread.my 🙌🏻 okay

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.