Review Buku: Cakar Ayam Seorang Doktor 4.0 (Katarpilarbooks)

 Cemburu melihat mereka asyik dan leka dalam mempersiapkan diri untuk berjumpa Tuhan, sedang kita yang dikurniakan kesihatan terus hanyut dengan nikmat dunia yang tidak berkesudahan.



Cakar Ayam Seorang Doktor 4.0 ini ditulis oleh beberapa penulis yang juga merupakan kakitangan perubatan antaranya ialah Dr. Kamarul Ariffin, Fahmi Hassan, Dr. Sharif Ahmad, Jazlina Syahrul, Dr.Syamirulah, Dr. Ezairy Sallih, Dr. Erna Nadia, Dr. Fadzlan Al Ashirin dan Dr. fahd Razy. Kesemuanya menulis dalam ruang lingkup kepakaran masing-masing. 

Ada beberapa perkara yang aku sangat suka dengan CASD 4.0. Pertama, cover dan layout buku-buku Katarpilar yang terkini, tidak dull dan warna-warna yang digunakan semakin menarik perhatian pembaca. Kedua, tema utama dalam CASD 4.0 ini lebih menekankan tentang senam VS diet dan perkongsian dibuat oleh dietitian dan coach senaman. Pada aku, ia memang lengkap dengan fakta yang  tepat dan banyak menjelaskan/memperbetulkan kefahaman aku tentang mitos/kesilapan ketika ingin diet/menurunkan berat badan.  

Ketiga, walaupun temanya diet Vs senam, tetapi tetap di selitkan tentang cerita-cerita iktibar melalui pengalaman-pengalaman kesemua penulis yang berkisarkan persediaan menjadi seorang doktor, ubat-ubatan dan farmakologi, penjelasan tentang diabetes, penyakit buah pinggang, kesihatan mental dan sebagainya. da banyak cerita yang menyentak tapi yang paling membuatkan aku termenung panjang ialah  kisah seorang pemuda yang ingin menurunkan berat badan dengan mengambil produk untuk kurus sehingga menyebabkan maut.  Juga kisah, seorang remaja yang mempunyai masalah kesihatan mental dan terpaksa menghadapi stigma dari keluarga. Dua kisah ini membuatkan aku terfikir kalau kita terdesak, kita sanggup buat apa sahaja dan kalau tak kena pada diri sendiri kita tak akan pernah faham sedalam mungkin. 

Korang boleh beli  buku Cakar Ayam Seorang Doktor 4.0 ini sama ada melalui Shoppe : Katarpilarbooks / website: katarpilar.com dan boleh juga melalui WA Encik Ahmad: +60189666246 Okay? 

-

QOTD: Penerbitan mana yang menerbitkan buku-buku yang mengetengahkan tema perubatan secara meluas dan bahasa yang santai? 

-

Jawapan:  Tidak lain tidak bukan ialah katarpilarbooks. Tak payah tunggu lama, korang dah boleh jengah IG katarpilarbooks sekarang okay? 

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.