Review Buku: 12 Purnama, Rissa Ahdiya

Thursday, March 11, 2021

 


12 Purnama ni novel pertama dari Rissa Ahdiya yang aku baca. Jadi, aku memang tak boleh nak expect gaya penulisannya. Aku beli obviously sebab combo FASARA hari tu kan. Jadi bila aku mula baca beberapa bab awal, aku rasa permulaan bab yang baik sebab mampu menangkap minat pembaca dengan konflik terus. Cuma aku mengharapkan penulis akan fokus tentang Ajmal bukan Lukman.

Sebab bila aku dah baca tentang Lukman, ingatan aku serta merta teringat cerita Nur Kasih. So ingatan tersebut menyebabkan keterujaan aku untuk mengetahui keseluruhan cerita tersekat. Aku terus rasa aku dapat agak gaya penulis membawa pembaca kemana dan apa yang berlaku diakhirnya. Sesuatu yang dapat dijangkakan.

Jadi, selepas membaca keseluruhan 12 Purnama, aku boleh terima kisah Lukman & Hanum ini tapi aku berharap akan ada kisah dari perspektif Ajmal pula. Pada aku, yang membuatkan aku terus kan pembaca adalah kerana garapan perwatakan Ajmal dan Hanum yang kemas dan baik, yang memberikan mesej positif terhadap apa yang mereka berdua alami.

Apa-apa pun Tahniah kepada Rissa Ahdiya. Semoga terus menulis dan berkarya! Siapa pernah baca karya Rissa Ahdiya? Ada novel yang korang nak cadangkan? Maybe aku boleh pertimbangkan, sebab so far aku boleh mengikuti gaya penulisan dan bahasa penulis dengan baik.


No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.