Review Buku: Rahsia Pasangan Bahagia & Membahagiakan, Rosma Mohd Dom

 

"Komunikasi tidak berfungsi apabila dua orang bercakap pada waktu yang sama."


Ramai orang tahu untuk menadapatkan satu perhubungan yang harmoni, pasangan perlu berkomunikasi. Tetapi tak ramai yang tahu cara-cara berkomunikasi dengan betul. Sama ada memang tak tahu langsung atau tahu tapi tak mahu cuba mempraktikkan, sedangkan komunikasi dalam rumahtangga memerlukan effort dan merupakan proses yang berterusan.

Buku ini menepati citarasa aku kerana bersifat pratikal. Mula-mula, aku baca pun, aku tak menjangkakan, buku ini se-praktikal ini.

Pada aku, susunan dan format penulisan buku ini baik, kerana setiap topik dimulakan falsafah atau penceritaan. Kemudian, di ikuti dengan teori dan akhirnya dilengkapkan dengan teknik. Teknik pula disesuaikan dengan contoh atau senario keadaan rumahtangga.

Ada banyak teknik yang diketengahkan dalam buku ni tapi aku highlightkan dua teknik yang pada aku sangat berguna kalau kita cuba latih diri kita dan manfaatkannya.

🧠 Reframing
🧠 Perceptional position

Dua teknik ni merupakan teknik penting yang difokuskan di bawah satu topik khas iaitu Teknik Tangani Konflik yang bertujuan untuk membantu pasangan suami isteri menangani konflik dengan berhikmah

aku kira topik ini dikupas dengan baik dan dapat memperbetulkan sudut pandangan sesetengah pasangan yang melabel rumahtangga yang bermasalah dan berantakkan disebabkan konflik

sedangkan yang menjadi penyebab kekeruhan dan berantakkan rumahtangga itu disebabkan oleh pasangan suami isteri tidak tahu atau tidak mahu menyelesaikan konflik tersebut secara diplomasi dan berhikmah.

“Turn every problem into an opportunity”

Kalau korang mencari buku yang related dengan komunikasi & pasangan atau teknik yang boleh apply dalam seharian, buku ini boleh dijadikan pilihan bacaan korang 👍🏻😊

Boleh dapatkan buku ni disini ⬇️

https://pts.com.my/.../rahsia-pasangan-bahagia-dan...

#bookreview #bookphotography #bookbloggers #bookstagram #bookstagrammers #malaysianbookstagrammer #malaysiamembaca #malaybooks #malaynovels #stayhomereadabook #bookcollectors #proudreader #athirahreview #KLWBC2020 #Klibf2020 #Malaysia #rahsiapasanganbahagiadanmembahagiakan #bukupts #rosmamohddom 

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.