Review Buku: Life Baggage, Syaz eym
“Yang membezakan setiap orang adalah cara mereka membawa life baggage itu. Samada menjadikan life baggage itu sesuatu yang sangat perlu dititikberatkan, atau jadikan dia sekadar hand luggage yang boleh dijinjit sahaja..."
Dalam Life baggage ini ada 3 kisah yang disampaikan oleh penulis. Kisah 1, berkaitan tentang hak sesama manusia dan keberkatan hidup yang pada aku, sekarang ini semakin dilupakan dek desakan hidup. Kisah kedua tentang kepercayaan dalam hubungan suami isteri. Kepercayaan dalam hubungan rumahtangga. Kedua-dua kisah ini merupakan kisah pendek, ringkas tetapi mempunyai mesej yang padat.
Kisah ketiga antara kisah yang paling menarik untuk diterokai sekaligus membuka mata aku tentang kehidupan seseorang itu tak kan pernah sama dari segi bebanan, ujian atau cabaran. Masing-masing ada mehnahnya tersendiri. Kisah tentang Najah dan Mustaqim, Juhra dan Fendi, dan Hatim ni sedikit sebanyak membuatkan aku terfikir sesuatu yang aku tak pernah fikir sebelum ini. Keputusan apa yang kita boleh buat ketika waktu benar-benar menghambat?
Keseluruhannya, aku suka dengan kisah dan mesej yang disampaikan oleh penulis dan juga mungkin pada scene-scene tertentu. Cuma, aku mengharapkan kisah-kisah dalam Life Bagagge ini ditulis dengan lebih terperinci dan ada event yang melompat-lompat, yang mengganggu bacaan aku sedikit.Pada aku Life baggage ini boleh dijadikan sebagai bacaan santai kerana boleh dihabiskan dalam beberapa jam sahaja. Ia menghiburkan dan mempunyai pengajaran seiring dengan realiti sekarang.
Cuma, dari segi rentetan cerita pada aku kurang lancar. Tiada kesinambungan yang kukuh dan rasa macam melompat-lompat ceritanya. Aku mengharapkan kisah-kisah dalam Life Bagagge ini ditulis dengan lebih terperinci lagi.
Pada aku Life baggage ini boleh dijadikan sebagai bacaan santai kerana boleh dihabiskan dalam beberapa jam sahaja. Sejujurnya, ia menghiburkan dan mempunyai pengajaran seiring dengan realiti sekarang.If korang rasa nak baca bacaan santai dan boleh dibaca sekali duduk, korang boleh terus DM penulis okay 🙌🏻☺️ Tahniah & Terima kasih @syazni_eim untuk naskhah inj. Semoga terus menulis! ♥️

No comments:
Thank you!