Review Buku: 10 Tanda Lelaki Tidak Mencintai Wanita, Greg Behrendt, Liz Tucillo, Syarafuddin Sulaiman (Penterjemah)


Yang pahit tetapi benar tentang lelaki



Salah satu sebab kenapa aku suka sangat dengan buku 10 Tanda Lelaki Tidak Mencintai Wanita yang diterjemahkan oleh Muhamad Syarafuddin Sulaiman ini  adalah kerana buku ini straightforward, bernada sinis dan sarkastik dan paling penting tidak timbul isu berat sebelah kerana perkongsian dalam buku ini dibuat oleh seorang lelaki, kebanyakkan masanya.


Ada 10 topik yang sangat menarik untuk kita baca dan hadam berkaitan isu-isu hubungan lelaki-wanita,  cadangan solusi, dan latihan pemikiran dan yang paling menarik bagi aku ialah:

Dia tidak cukup sukakan anda:
  • Sekiranya Dia Sudah Berkahwin/sebab lain yang menunjukkan dia tidak boleh kahwin dengan kamu 
  • Sekiranya Dia Pentingkan Diri, Pembuli ataupun Memang Bermasalah

Walaupun, ada topik-topik yang tidak seiring dengan anjuran Islam, tetapi pada aku ia tak menjadi masalah sebab topik tersebut masih relevan dan boleh disesuaikan dengan keadaan-keadaan tertentu, contohnya, topik:

  • Sekiranya Dia Tidak Intim Dengan Kamu - boleh sesuaikan dengan keadaan selepas berkahwin. 

Sejujurnya, sepanjang aku membaca buku ini, aku  terpaksa bersetuju bila penulis menyatakan bahawa kebanyakan wanita sifat semulajadinya, seorang yang lebih empati, cenderung untuk kasihan, terlebih cuba memahami terhadap lelaki yang dikenali dan ada beberapa ketika sifat-sifat ini juga yang memberi ruang  kepada wanita untuk dipermainkan. 

Jadi, secara keseluruhan, buku ini sebenarnya bukan sahaja membincangkan tentang psikologi lelaki yang sebenarnya tidak kompleks tetapi mereka pilih untuk mengelirukan wanita tetapi senang cerita, membincangkan juga psikologi wanita dan mesej yang disampaikan, kalau kita tak nak dikelirukan, kitalah kena ambil tahu apa tanda-tandanya supaya kita tak buang masa berteka-teki untuk hubungan yang tidak pasti. Secara tersiratnya, apa yang cuba disampaikan oleh Greg & Liz ialah wanita, anda kena kenal, diri anda, sayang dan hormati diri anda sebelum anda ingin mengenali seorang lelaki. Sebab kalau tak kenal diri sendiri, macam mana nak kenal seorang lelaki? 
-
Kalau orang tanya aku, berbaloi ke nak dapatkan buku ini? Aku akan cakap berbaloi, kerana selain daripada kita dapat belajar tentang psikologi lelaki melalui topik dan isu-isu yang relatable berkaitan relationship melalui kajian tidak saintifik (observation, email), kita juga boleh jadikan perkongsian penulis sebagai panduan asas dalam perhubungan lelaki-wanita. 
Dimana saya boleh dapatkan buku ini? Klik sini: 10 TANDA LELAKI TIDAK MENCINTA WANITA : BUKUPTS 

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.