Review Buku: Suri Rumah Profesional, Hjh Siti Nadzrah Sheh Omar

Tuesday, May 11, 2021





Secara peribadi,  aku suka dengan buku ini sebab topik suri rumah yang jarang sekali disentuh oleh mana-mana penulis. Kedua, aku suka pengisiannya yang ditulis oleh penulis yang sinonim dengan panggilan ummi dalam buku ini yang berkongsi melalui pengalaman beliau  bukan sahaja sebagai sebagai 'ibu suri rumah', ibu bekerjaya di rumah  tetapi juga sebagai ibu bekerjaya sepenuh masa.

Pengalaman yang pelbagai menyebabkan penulis menyantuni dan meraikan semua jenis suri rumah, baik sepenuh masa atau bekerjaya. Aku sangat bersetuju: 


"Ada wanita bekerjaya yang mencemuh dan memperlekeh peranan yang dimaikan oleh ibu suri rumah kononnya tidak up-to-date, tidak peka  tentang isu-isu semasa, tidak pandai berfesyen, terkongkong dan dilabel sebagai wanita kelas kedua. Bila wanita-wanita suri rumah diiktiraf ramai kerana mencapai kejayaan mendidik anak dan ingin berkongsi tips dan rahsia disindir pula kononnya memperli ibu-ibu bekerjaya sebagai tidak pandai menjaga anak."

- sedangkan, hakikatnya, apa jua jenis suri rumah yang disandang, fitrahnya, seorang ibu sangat penting dalam meiankan peranan sebagai pendidik kepada anak-anak. - sesuatu yang pelru dihadam. sesuatu yang kita pilih.


Ada 5 bahagian utama dan mempunyai 16 subtopik yang mengupas  tentang definisi,  peranan, tuntutan, dan  perkara-perkara yang related dengan suri rumah yang dijelaskan secara terperinci. Seolah-olah sebuah manual buat kita yang ada perancangan untuk menjadi suri rumah profesional dan dalam kesemua subtopik, aku paling suka dengan sentuhan penulis yang berkaitan: 


1. Mengapa perlu jadi suri rumah profesional? 

2. Faktor Career Lady Mindset.

3. Pilihan Kerjaya suri rumah profesional

4. Anak kita tanggungjawab bersama 

5. Jutawan diruumah. 


Ia meninggalkan persoalan yang boleh membuka minda dan ruang untuk kita berfikir tentang perancangan kita dalam perkahwinan dan setiap kali penulis membawa pembaca kepada fitrah seorang isteri dan perkara-perkara asas yang dianjurkan Islam, aku rasa apa yang dianjurkan Islam sesungguhnya sangat lengkap dan sangat bertuah jika kita boleh mengikut apa yang dianjurkan Islam.

 

Tapi hidup dan zaman semakin berubah, ada perkara yang kita boleh ikut tetapi boleh disesuaikan dengan apa yang dianjurkan Islam. Cuma, pada aku, memandangkan buku ini diterbitkan 2017, ada beberapa situasi dan contoh kurang relevan dan sesekali rasa macam kena tazkirah pula. Haha. Kalau korang nak baca buku ni, korang kena expect less dan perlu meraikan pandangan penulis tentang suri rumah ini sebab kalau korang ada prinsip atau perspektif tersendiri dan terlalu firm, korang akan end up tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang dibangkitkan. 


Tapi, 


secara keseluruhan, aku suka dengan pengisian  buku ini dan boleh dijadikan panduan kalau korang nak buat persediaan. Bila dah selesai baca, kau akan terfikir, nak jadi isteri yang macam mana? Nak jadi ibu yang macam mana? Dan kalau keadaan tidak membenarkan kita menjadi suri rumah profesional atas sebab-sebab tertentu, apa yang kita boleh usahakan? Soalan - soalan yang hanya kita saja boleh jawab.


P/s: Korang boleh dapatkan buku ini PROFAZZ.YEZZA.STORE :)

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.