Review Novel : Antologi Cinta Dia







Antologi Cinta Dia 

Penerbitan : Poreng Kertas 
Harga: 27.00 
Penulis : Hezzy Azra, Lyn Dayana & Dhiya Zafira




Sememangnya aku menanti Antologi Cinta Dia tiba di tangan dengan penuh sabar. Sebelum ini, aku hanya mengikuti beberapa teaser yang di tulis oleh tiga penulis yang tidak perlu di perkenalkan lagi, kerana ternyata mereka sudah menempa NAMA di hati pembaca tegar seperti aku. Heh. 


Beberapa hari selepas menerima parcel yang berisi ACD dan seutas tasbih berwarna pink ungu. Aku tak menunggu lama untuk membacanya. namun atas beberapa sebab, aku terpaksa membahagikan masa untuk baca satu cerita demi satu cerita. 


Hezzy Azra,
Aku memulakan pembacaan aku dengan Melodi Kasih 2, sambungan kepada novel Melodi Kasih sebelum ini. Kisah antara Zahara Inas dan Fariq! Sejak dulu, aku suka penulisan Hezzy Azra yang membuai-buai. Terbuai-buai dek pengembangan watak yang teliti. Kita dapat bayangkan, satu watak itu berkembang dengan baik. Tidak lah bila dah syok baca, tiba-tiba... blur.



bertambah menarik bila, pengembangan cerita tentang impian Fariq ingin menjadi ketua pemuda, ujian yang terpaksa dihadapi oleh Zahara Inas dan Fariq, scandal, politik wang. & dan penerimaan mereka terhadap anak autistik. 


Overall, aku suka dengan jalan cerita yang di ketengahkan. ada sedikit kelainan walaupun masih mengekalkan tema yang sama. apa-apa pun. Tahniah :) Love you! 



Dhiya Zafira


Persembahan Haq dan Alin berjaya menarik minat aku walaupun pada mulanya aku tak berapa suka kan cerita action-thriller... tapi yang kali ini buatkan aku teruja untuk menghabiskan dalam masa sejam lebih. Heh. Aku suka Haq dan ALin bila kedua-duanya kehilangan orang yang tersayang tapi kedua dua nya pilih jalan yang tak sama. Haq memilih untuk terus bahagia, manakla ALin memilih untuk terus berada di dalam kegelapan. Dan aku suka mesej yang di bawakan. (seseorang yang khilaf harus punya peluang kedua untuk berubah menjadi lebih baik. )


Lynn Dyana ( Masih cari masa untuk membaca aku bukan cupid. Jangan risau. Better late than never!)  :) 


Apa-apa pun. Naskhah ACD ini punya ceritera yang berbeza!


Love, 
XOXO 



No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.