Review Buku: Membina Keluarga Profazz, Siti Nadzrah Sheh Omar
Family means no one gets left behind or forgotten.”
Kunci utama dalam parenting skills yang diketengahkan oleh penulis dalam Membina Keluarga Profazz ini ialah bermula dengan perancangan, diikuti dengan penyesuaian dan kesimbangan. Sebab setiap anak-anak yang dilahirkan tidak sama. Selain itu, aku juga bersetuju dengan penulis bahawa tugas ibubapa sebagai pembimbing tak akan pernah selesai.
Aku suka dengan penerapan yang dibuat dalam keluarga penulis tentang bagaimana ibu bapa tidak menafikan potential yang ada dlm diri anak-anak, dan beri bantuan kepada anak anak supaya potential itu boleh digunakan secara maximum.
Dan juga bagaimana cara untuk memupuk dan mengeratkan hubungan antara anak anak.
Penulis juga mengetengahkan kepentingan halal haram rezeki yang menjadi darah daging. Sesetengah ibu bapa juga ada yang terlepas pandang dan aku kira ia sebuah peringatan yang baik.
Yang menarik tentang buku ini ialah perkongsian ditulis dengan format penceritaan tetapi apa yang membuatkan pembacaan menjadi lebih smooth, penceritaan ini ditulis didalam bentuk point.
Antara topik yang aku gemari ialah:
1. Layanan sama rata
2. Managing The Black Sheep Of The Family
3. Dunia Eksplorasi & Kekreativitian
4. Doa Seorang Sedikit
5. Great Mind Discuss Idea
Secara keseluruhannya, buku yang ditulis oleh Siti Nadzrah Sheh ni boleh dijadikan panduan asas bagi yang bergelar ibu bapa atau bakal ibu bapa. Walaupun ia sebuah perkongsian yang bersandarkan pengalaman peribadi penulis sepanjang membesar dan mendidik anak-anak sejak dari kecil sehinggalah bekerjaya, namun perkara yang aku raikan ialah apabila penulis tetap terbuka untuk berkongsi tentang masalah yang penulis hadapi sepanjang membesarkan anak-anak. Pengalaman penulis juga meliputi sebagai seorang ibu suri rumah dan juga seorang ibu bekerjaya. Recommended! Boleh dapatkan buku Membina Keluarga Profazz dari @qaisarazahrakidz ♥️
No comments:
Thank you!