Jogjakarta : Prambanan & Borobudur w (Student Card)// 2nd day

Thursday, September 15, 2016



Dari Merapi ke Candi Borobudur, ambil masa sejam ke dua jam. Lebih kurang. Dalam perjalanan ke Borobudur, kitaorang sempat la makan roti yang di beli dari bakery semalam itu. Sepanjang perjalanan ke Borobudur, sempat la juga berborak dengan mas Agung tentang serba serbi kehidupan di Indonesia. Banyak benda yang mas agung share. Kata dia, harga untuk aktiviti jeep merapi 350 K Idr itu boleh makan untuk seminggu bagi satu family. What?

Sebab itu dia kata, untuk aktiviti wisata di Indonesia di penuhi oleh foreigner. Bukan local. 

Dah dengar mas agung kata gitu, semuanya berhuhu saja lah. Cuma apa yang aku boleh kongsikan, mereka struggle dengan cara mereka, kita juga struggle dengan cara kita. Perbezaan dari apa pun, yang  menentukan kita ke depan atau ke belakang, usaha diri kita sendiri, tawakal dan izin dari-Nya. 

Apa pun aku selalu berniat, berpergian untuk melihat luas dan uniknya nya bumi Allah. Bagi sesetengah individu,  bila  statik di satu tempat, tak mencari peluang untuk keluar melihat dunia lain, kita tak keluar bermusafir, kadang -kala diri kita sendiri jadi loser, lemah, tahap individualistik itu makin tinggi, sebab kita sentiasa berada di dalam zone selesa. Aku tak cakap untuk orang lain, aku cakap untuk diri aku sendiri. 

Mengembara mampu mendekatkan kita dengan Nya. 

Firman Allah yang bermaksud: 

"Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati  didalam dada." Surah Al-Hajj, ayat 46

Aktiviti Jeep merapi sendiri  tinggalkan kesan dalam diri aku dan kawan-kawan.  Bila terbayangkan dua sukarelawan yang cuba melindungi diri dari lahar dengan memasuki bunker kaliadem tapi tetap menjadi mangsa Lahar 2010. 

--

Alhamdulillah. 

Tiba di Borobudur, cuaca agak menyengat. Tengah hari. Masing-masing cuba juga mengukir senyuman dalam keletihan menaiki jeep, naik dan turun merapi hampir 1 jam setengah. Sebelum sambung perjalanan menaiki avanza hampir dua jam ke Borobudur

Di kaunter borobudur, mas Agung tolong belikan tiket menggunakan student card. Terima kasih mas! :) 

-- --

Sebelum ini, aku deal dengan mas eco untuk masuk ke Prambanan dan Borobudur, kosnya lebih kurang 500 k IDR, seorang. Tapi sebelum gerak ke Jogja, dibot suruh aku bawak student card siap-siap. Aku pun suruh zek dengan zara bawa student card. hahaha. Gigih gila kan? 

Kenapa aku macam gigih gila untuk dapat kan price guna student card? Sebelum itu aku link kan untuk harga tiket masuk ke wisata di Yogyakarta  (Korang boleh usha harga tiket) 

Ringkasnya, untuk masuk ke Borobudur dan prambanan, ada 3 jenis harga . 1- local, 2- foreigner, 3- Student. Dan setiap dari itu punya perbezaan harga yang agak banyak. So beberapa tips yang aku boleh bagi antaranya : 

1. Kalau nak masuk ke candi Borobudur dan Prambanan, beli lah tiket yang berpakej. Dia akan murah sikit dari kita beli berasingan. 

2.Kalau kita student, bawak lah student card kita tu, Dari Um ke, Uitm ke Janji matric card itu ada, insya-Allah dapatlah masuk Borobudur dan Prambanan dengan harga student.


Hari itu kitaorang kena bayar, seorang = 210 000 IDR untuk Borobudur & Prambanan. Nampak tak beza  harga student dengan harga foreigner? Tapi kalau dah bukan student, jangan lah sampai menipu pulak kan. Haha. Agak-agak lah. 
Kalau boleh dapat lagi murah, kira lagi bagus la, tapi biarlah dengan cara yang betul.

-- 

Selesai beli tiket, aku, zek dan zara masuk ke dalam Borobudur. Dalam kawasan Borobudur ni, kitaorang jalan kaki. Menapak dalam 20 minit macam itu. Sampai lah ke dataran Borobudur. Dalam kawasan Borobudur ni, situasinya di penuhi dengan orang berniaga. Ada jual payung (sebab memang panas gila time pergi), jual air, jual fridge magnet, key-chain, memacam lah.

Di pesan siap-siap, jangan beli apa-apa. Sebab once, kau dah beli dekat satu penjual, akan ada penjual lain yang akan berkerumun dekat korang. Problem ini sebenarnya bukan satu benda yang baru bagi aku, Indonesia, kebanyakkan tempat memang macam ni. Pandai-pandailah nak hidup >.<




Bagi aku, Borobudur memang tough gila. Aku mengaku la yang aku cepat semput. Hahaha. Level ada berapa, banyak gila. Dah tu tangga curammm bai. Aku macam dah nak give up! Tapi nasib ada zara dengan zek, yang paksa aku supaya aku sampai level paling atas. Masa kitaorang datang, punyalah ramai foreigner, local pun tak kurang juga. Semua memasing nak perabat Borobudur.

View sekitar  Borobudur! :)

Bagi aku yang tak tahu sangat tentang seni lukisan/ ukiran mahupun sejarah 100 % tentang Borobudur hanya mampu melihat dan mengagumi tanpa memaknai. Cuma apa yang dapat aku perhatikan seni lukisan atau ukiran di Borobudur lebih kompleks berbanding candi Prambanan. Dan struktur binaannya lebih sukar untuk di terokai berbanding dengan candi prambanan. 





view dari borobudur, aku tak ingat view di belakang...




Selesai di Borobudur, kitaorang terus ke Prambanan, tapi sempat berhenti di Restoran Je jemuran, satu restoran yang agak famous dalam kalangan local mahupun foreigner sendiri. Di resto ini juga, keistimewaannya, adalah bahan masakan jamkali muran itu sendiri (cendawan) Menu utama pun adalah cendawa.  Klik : Harga Menu Je Jemuran Jogja

Pertama kali masuk ke Je jamuran ini, aku cuak juga sebab selalunya, restorang besar ni, harga makanan pun boleh tahan mahal. Tapi nak buat macam ni, kitaorang dah setuju dengan cadangan Mas Agung untuk makan dekat sini, Jadi masuk sajalah.

Impression aku yang pertama, ruang makan besarl, ada tempat busker, kalau nak makan kena jumpa staff dekat front desk, ambik menu dan staf tersebut akan tulis nombor meja makan, bila dah jumpa meja, akan ada pelayan ambik order.

So, setelah meneliti menu, aku agak terkejut harga yang tertera di dalam menu tu tak mahal pun, padahal, harga makan dekat JL Malioboro lagi mahal weh. Haha. Terkena-terkena. Jadi, dengan keputusan majoriti, kitaorang order,

(nasi putih 3, 2 ketul ayam bakar yang size medium, set tempe dan tahu, sambal, dan menu paling istimewa jamuran asam manis oyster, 2 jenis minuman buah. Harga semua sekali, baru 104 000 IDR, seorang 35 000 IDR.

Lagi murah dari makan di Malioboro, sudah lah tempat best, makanan rasa sedap gileee! Murah pulak. Gais, kalau datang Jogja, kena try makan di resto Je' Jamuran :)





Selepas makan dan solat, teruskan perjalanan ke Prambanan lebih kurang 45 minit.  Di sebabkan dah beli tiket pakej di Borobudur, so dekat Prambanan  dah jimat masa untuk beli tiket lain. Prambanan merupakan candi  yang wajib kita datang. Haha. Aku lagi suka dengan suasana di Prambanan. Mungkin masa kitorang sampai, cuaca sedap. Redup, hanya sesekali saja matahari menunjukkan diri, lebih dari itu memang best.

Kita orang melepak dekat Prambanan lebih lama dari melepak dekat Borobudur. Ni semua sebab struktur binaan dan keluasaan candi. Prambanan aku kira mesra pelancong. Dia lebih luas dan candinya, dan sejarahnya berdiri dengan 'single' Maksudnya. Setiap binaan, ada sejarah sendiri. Mungkin la ye.

View sekitar Prambanan,

Bagi aku, kualiti time aku dengan travel mate aku kat sini paling superbb! Boleh pulak, melepak sambil buka macam-macam topik! pasal partner, next trip la, Student medic vs student Api la, persepsi tentang usrah la,Hahaha. *Sumpah aku rindu discussion kita dekat sini weh!* 




zara, member fakulti, zek, member sek men. Aku main angkut je depa dua ni. Kenal tak kenal belakang cerita. Dah sampai Jogja, depa dua  jd lg rapat. cis. hahaha. 









Bye prambanan :) 


Basically, aku penuhkan hari kedua, dengan aktiviti jeep merapi, visit Borobudur dan Prambanan, makan tengah hari di Je jamuran, dan di sebelah malam, aku minta tolong mas Agung, bawakan kami ke kedai batik. Paling famous, batik rumah. Aku baca review, orang kata, batik rumah menawarkan harga yang berpatutan dengan kualiti kain dan motif batik yang terkini.




dan selepas beli ole-ole untuk yang tersayang, kitaorang terus balik ke Edu hostel. >.< Malam itu masing-masing request nak rehat dekat bilik je. Dah tak nak keluar kecuali pergi kedai warong Padang sebelah hostel untuk makan malam. Hiks. Penat -penat  juga tapi perut kena isi weh.

--

Transportasi 2 hari/ supir mas agung  (1 juta/3)            = 334 000 IDR
Jeep Merapi (350 000 IDR /3)                                       = 117 000 IDR
Tiket Borobudur & Prambanan (w student card)           = 210 000 IDR
Makan tengah hari di Je Jamuran                                  =   35 000 IDR
Makan Malam di warung Padang                                 =   15 000 IDR

Total                                                                               = 956 000 IDR
                                                                                       = RM 300. 00



1 comment:

  1. Assalamualaikum wr wb.

    Sebelumnya saya mohon maaf bilamana Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan kerana posting saya. Salam perkenalan saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong kat Jogja sila kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

    Kami bagi harga yang berpatutan dengan service best kerana kami handle terus dari Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong ke Jogja sila kol / sms / whatsapp saya +628985101301, bole juga email ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa..

    Kami juga sedaiakan kereta sewa (all new avanza, xenia, innova, etc) / van (elf, travello, dyna, hiace 11-17 seats) / bus (29-50 seats) dengan harga yang berpatutan. Harga bole sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.

    Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:
    (pakej lain sila whatsapp)

    Day 1
    ● Tebing breksi
    ● Kotagede (kilang silver & chocolate)
    ● Parangtritis beach
    ● Manding (leather arts)
    ● Alun2 selatan (sepeda & becak lampu)

    Day 2
    ● Merapi lava tour
    ● Borobudur temple
    ● Kalibiru

    Day 3
    ● Timang beach
    ● Cave tubing pindul
    ● Pinus Forest
    ● Bukit bintang

    Day 4
    ● Drop off to airport

    Harga bermula dari:
    RM 589 (ALL IN)*
    RM 439 (exclude hotel)*

    *kos kira dalam 1 ringgit = 3500 rupiah, kos hanya estimasi sahaja kerana nilai tukar naik turun
    * kos kira dalam 5 pax, lagi ramai lagi jimat, lagi sedikit lagi mahal


    Pakej termasuk
    ● Kereta Sewa AC standard pelancongan (Grand / all new Avanza / Xenia untuk 2-5 pax, Isuzu elf 11 seater untuk 6-11 pax, Isuzu elf 16/17 seater untuk 12-16 pax, medium bus 31-33 seater untuk 17-33 pax, bigbus 44-54 seater untuk 33 pax lebih)
    ● Hotels *2 selama 3 malam (termasuk makan pagi)
    ● Supir / Pemandu
    ● Makan supir
    ● Parking
    ● Entrance fee sesuai itinerary
    ● 4x4 jeep merapi (kongsi 4 orang)
    ● shuttle menuju timang / kalibiru, kalibiru bilamana guna van harus naik ojek sepeda motor
    ● Dinner and lunch sesuai itinerary (halal meals)
    ● Air mineral
    ● Insurance

    Exclude:
    ● Airport taxes
    ● Gondola ride bilamana pergi timang
    ● Personal expences (laundry, pulse, shopping etc.)
    ● Menu tambahan untuk dinner / lunch
    ● Tips untuk driver (seikhlasnya)

    Note:
    Harga dapat berubah setiap masa
    Harga tidak berlaku bagi high season

    >>> Untuk pakej pelanconga jogja yang lain sila jangan sungkan kol /whatsapp +628985101301 (FREE).
    >>> Email: ganeshabantul@yahoo.com
    >>> Facebook: www.facebook.com/reviosta (Jati Wijaya)

    Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

    Wassalamualaikum Wr Wb

    ReplyDelete

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.