Review Dia, A, Ednin

Friday, May 26, 2017

Cinta pertama itu beracun, melumpuhkan sehingga tak mampu dia berdiri tanpanya





Sinopsis: 

Sepuluh tahun dahulu, Farhan jatuh suka pada Abiir. Apabila rasa hatinya ditolak, dia pergi membawa diri. Book's Cottage menemukan mereka kembali. Dan di situlah Abir berdiri tekun melayan pelanggan. Nampak makin manis. Nampak makin matang. Selepas sepulh tahun...

Namun, Abiir yang sekarang ini bukan seperti Abiir yang Farhan kenal dulu. Hilang sudah Abiir yang sentiasa senyum, ceria dan aktif. Puas sudah dia bertanya, namun tak pernah dia mendapat jawapan. Abiir seperti sedang bersembunyi dan hidup dalam dunianya sendiri. 

"I mungkin sedang hidup, Farhan, tapi sejujurnya I tak pernah rasa hidup'


Apa yang mengubah Abiir menjadi Abiir yang sekarang? Mampukah Abiir berdamai dengan masa lampaunya dan terus melangkah ke hadapan? 




Review:
Dua hari aku ambil masa untuk menghabiskan cerita Abiir dan Farhan ini. Bukan cerita Ednin yang ketiga ni tak menarik cuma, dia punya masa 'flashback' yang buatkan aku terpaksa mengingat sesetengah situasi, walaupun sebenarnya aku boleh je abaikan 8 tahun sebelum itu atau 10 tahu sebelum itu. Yang penting content yang Ednin cuba sampaikan. Aku ni memang sejenis yang selalu penat kalau  membaca flashback. haha. 

Kadang-kadang aku jatuh simpati dan kasihan pada Abiir, disebabkan perkara lepas, dia tak boleh nak move on. Kalau dia move on pun tak sepenuh hati. Cuma, sokongan dari keluarga dia tu memang power. Pengorbanan seorang ibu dalam karakter Puan Azua. Salute! Dan Farhan, aku salute untuk kesabaran dan ketenangan dia menangani Abiir. Cuma ada sesetangah part awal, menunjukkan Farhan sedikit mendesak dan tak cuba memahami Abiir. 

5 bintang untuk jalan cerita. Aku suka cara Ednin buatkan pembaca tertanya-tanya, apa yang dah terjadi kepada Abiir 8 tahun lepas? Kenapa Abiir boleh berubah dari jadi yang aktif, ceria dan selalu senyum, petah berhujah kepada yang lebih pasif dan suka bersendiri. Jalan cerita yang jarang orang ketengahkah, mungkin juga sebab itu dia buat flashback supaya pembaca tertanya-tanya, baru lah kita rasa nak habiskan cerita tu kan? 

Cerita yang kalau kita tinggal bab, kita tak kan faham. So gais jangan terfikir nak melangkau bab eh?

Memperkenalkan PTSD dalam Dia, A ini juga harus di berikan pujian. Bagi aku, memperkenalkan sesuatu penyakit/sindrom dalam cerita yang santai dan dialog karakter itu sangat baik. Secara tak langsung sambil kita berhibur, melepaskan stress kita juga dapat menambahkan maklumat dalam kotak  minda kita. Ya lah, siapa je lah yang rajin nak menelaah satu jurnal berkaitan penyakit/sindrom. Ada lah tapi bukan aku la yang pastinya. 

PTSD :  

kondisi mental di mana anda mengalami serangan panik yang dipicu oleh trauma
 pengalaman masa lalu. Mengalami kejadian traumatis adalah hal yang berat bagi siapapun. 

plus

Dua remaja yang memerlukan perhatian dewasa, aku rasa konflik ini cukup sinonim dengan adik adik kita, bahkan kita pun kadang-kadang rasa yang sama, sesekali mungkin. Amanat dari Aunty Kay menjadi kan Abiir penjaga Sai merupakan jalan yang terbaik. Bak kata Aisya:

"Mereka perlu satu sama lain untuk sembuh."

Aku tak sentuh semua, tapi aku rasa  Dia, A ini sesuai untuk semua pembaca. Matang dengan jalan ceritanya yang tidak cliche.Manis kerana gandingan Farhan dan Abiir, bahagia kerana memiliki kumpulan sokongan. Cerita dia banyak ketengahkan konflik yang sememangnya berlaku dalam diri kita, sama ada kita  sedar atau pun tidak. 



2 comments:

  1. Salam Athirah, baru berkesempatan nak ke sini dan baca review penuh. Thanks for your time to read Dia A, dan juga buatkan review yang kak E rasa lengkap serba-serbi. You managed to get what I intended to deliver first hand and I appreciated that a lot. Kak e masih belajar dan review dari awak definitely made my day. Hehe. Thank you again, I'll come again to read reviews from your blog InshaAllah. Btw, nak minta kebenaran untuk share review ini di blog/ig kak e ye. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm kak E,

      Kalau nak dibandingkan dengan Poskad, saya rasa Dia, A lebih fokus kepada main issue. PTSD. Poskad lebih relax jalan cerita dia. Hehe.
      No problem kak E, thank you sudi baca review kita juga! Sure, boleh saja, nak share kak E. Teruskan menulis <3 Happy Ramadhan!

      Delete

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.