Review Buku: 1 Pengakuan 9 Luahan, Azura Rasiddin
When you make mistakes, don't look back at it long. Take the reason of the thing into your mind and then look forward. Mistakes are lessons of wisdom. The past cannot be changed. The future yet in your power - Hugh White
Secara peribadi, aku merasakan Azura Rasiddin antara penulis yang mahir dalam menulis cerita yang bersifat melankolik. 1 Pengakuan 9 Luahan ini aku kategorikan sebagai melo-romance, novel yang diterbitkan pada tahun 2016. Sejujurnya, aku tidak ada expectation apa pun ketika membaca tentang Zafran Ali dan Dhira. Aku cuma mahu membaca untuk melengkapkan apa yang aku dah baca, waktu aku rehat sekejap dari buat thesis pada hujung 2019.
Sedikit kelainan dalam cerita ini yang boleh aku kongsikan ialah bagaimana penulis memaparkan kisah Zafran Ali dan Dhira dipertemukan semula setelah beberapa tahun melepasi episod perceraian. Ada beberapa insiden yang dijelaskan melalui teknik imbas kembali yang mudah untuk difahami pembaca, untuk faham kenapa perceraian tersebut boleh berlaku dan disebabkan ini, aku faham kenapa ceritanya tidak terlalu rancak, tetapi kalau flashback ini menjadi garapan diawal-awal cerita, aku rasa, ia lebih menyentuh dan memberi kesan kepada keseluruhan pengalaman dan perasaan pembaca.
Penulis mengimbangi antara konflik yang melibatkan keinginan diri dan keterikatan kekeluargaan, menjadikan cerita ini lebih dekat dengan aku. Memahami gejolak hati Zafran Ali yang sentiasa merasa dirinya yang perlu memperbetulkan keadaan walaupun bukan 100% silapnya. Memahami keinginan Dhira untuk kembali kepada keluarganya setelah beberapa tahun, nekad berpergian mengejar cita-cita walaupun bukan itu pilihan asalnya.
Agak membinasakan bila semua terjadi hanya disebabkan amarah dan emosi yang tidak terkawal dan irrational thoughts yang ada. Tapi pada aku, apa yang dilakukan oleh keluarga Dhira kepada Dhira- Apa yang dilakukan Dhira kepada Zafran juga agak keterlaluan. Betul lah orang kata:
Kemarahan itu akan berlalu, tetapi kata-kata yang menyakitkan akan terpahat di hati orang yang kau lepaskan.
Ada pun perkara yang menganggu bacaan aku ialah scene antara Dhira dan Fei-Fei, yang kadang-kala sedikit hambar, tetapi apa yang boleh mebuatkan aku kekal dengan pembacaan, adalah peristiwa -peristwa yang dicipta penulis untuk menemukan Zafran Ali dan Dhira, perwatakan Zafran Ali yang kekal setia tetapi tetap berhati-hati dengan perasaannya terhadap Dhira dan perwatakan Dhira yang menyedari kepada perlunya dia perbaiki keadaan walaupun, hal yang berlaku sudah bertahun lamanya.
Sebagaimana, aku suka dengan Teman Lelaki Upahan, Pelangi Untuk Ara dan Aurora kerana mainan emosinya, aku masih suka dengan 1 Pengakuan 9 Luahan, walaupun mainan emosinya tidak sekuat mana dan aku tidaklah terlalu 'merasai'. Apa-apa pun, ia sebuah naskhah yang masih boleh memberi mesej tentang kekeluargaan, dan konflik diri serta kepentingan untuk kita perlu rasional dalam sesuatu keadaan, sebab menjadi terlalu beremosi hanya akan menempa lebih banyak mudarat berbanding kebaikan.
No comments:
Thank you!