Review Buku: 26 Kes : Himpunan Kes yang Tak Terlupakan


Ada kala, kita  merasakan diri kita belum bersedia untuk melakukan sesuatu, merasakan diri tidak mampu, tetapi apabila keadaan mendesak, ternyata didalam diri kita ada kebolehan yang boleh menyinar, ada kekuatan yang mampu menggegar.



Personally, aku memang suka penerbitan Kata-Pilar Bookstore ni sebab buku-buku mereka kebanyakkannya berkaitan dunia perubatan dan ditulis oleh 'ahli'nya. 26 Kes: Himpunan kes yang tak terlupakan ni salah satunya. Ia merupakan kes-kes sebenar yang telah dimurnikan dari cara penyampaian dan penulisan supaya privasi sesiapa yang terlibat tidak terdedah.

Membaca kes pertama saja sudah membuatkan aku berasa kagum dengan kemuliaan dan kewibawaan kakitangan kesihatan yang terlibat. Tak semua orang mampu untuk melakukan apa yang dilakukan oleh watak didalam kes pertama. 

Buku ini lebih menarik kerana perkongsian pengalaman dan info medik ditulis oleh penulis-penulis yang terdiri daripada kakitangan kesihatan seperti pegawai perubatan, terapis, dietitian, pakar -pakar pelbagai bidang, MA, & farmasis. Jadi, kes-kes yang ditulis juga berkaitan bidang-bidang tertentu.

Membaca 26 Kes ini membuatkan emosi aku sedikit turun naik, kerana dari kes pertama sehingga kes 26, mengamit pelbagai rasa. Ada yang sedih, lucu, kecewa, penyesalan dan sebagainya. Buku ini juga ditulis santai dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh masyarakat awam. Ada pun medical term, ada disediakan catatan mudah.

Sejujurnya, membaca 26 himpunan kes ini akan membuatkan aku untuk lebih menghargai keringat dan pengorbanan mereka, menginsafi dan lebih bersyukur dengan keadaan diri terutama kesihatan dan kehadiran orang-orang di sekeliling kita.

Tahniah kepada semua penulis yang terlibat, semoga terus berkongsi lagi ibrah dari pengalaman-pengalaman kalian  :) Untuk  dapatkan buku ni, korang boleh ke Katar-Pilar Bookstore

2 comments:

  1. Yazz buku Kata Pillar memang syok kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau medical background punya cerita memang best! Sebab yang bercerita tu memang dari kakitangan kesihatan. Syaz dah baca ke?

      Delete

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.