Karma (Sekuel Novel Stigma), Muharikah
"Kebaikan akan menumbuhkan kebaikan yang lain, kerosakan pula akan merobohkannya, pada setiap kehidupan itu adanya, pengharapan, pada setiap pengharapan ada sinar kehidupan" - Muharikah
.
Sejujurnya, aku membaca Karma Oktober 2019, tapi waktu tu aku 'rehat' dari menulis review sebab sibuk menghabiskan saki baki penulisan thesis. Untuk menghazafkan terus review, aku rasa rugi sebab banyak elemen yang disentuh oleh penulis yang boleh dijadikan garis panduan dan pedoman
.
Beberapa perkara yang membuatkan aku tertarik untuk membaca Karma selain dari ia merupakan sekuel kepada Stigma, adalah disebabkan oleh cover layout novel yang ringkas tapi menterjemahkan keseluruhan tema Karma dan kisah ini digarapkan dari pengalaman sebenar dihospital
.
Ia mengisahkan tentang golongan profesional yang struggle untuk melupakan kisah silam yang melibatkan kekeliruan terhadap keinginan nafsu yang tidak selari dengan fitrah kejadian, baik dari watak Dr.Faris mahupun Dr.Iman, sebagai seorang individu dan dalam masa yang sama sebagai pasangan yang baru berumah tangga
.
Secara peribadi, konflik yang diketengahkan oleh penulis dikembangkan dengan baik kerana aku dapat melihat keberadaan konflik utama dan konflik sampingan dengan jelas. Memandangkan Karma merupakan sekuel kepada Stigma, dari segi perkembangan watak Dr. Iman kali ini lebih dominan berbanding Dr. Faris. Dari perjalanan cerita pula, aku merasakan Karma bergerak sedikit lambat berbanding Stigma yang lebih laju dan rancak. Namun, cara penulis meletakkah noktah kepada penutup cerita, pada aku ia sangat memberi kesan kepada emosi pembaca
.
Walaupun cerita ini melibatkan istilah perubatan yang agak banyak namun tambahan nota kaki membantu pembaca di luar bidang perubatan untuk memahami maklumat yang disampaikan dengan jelas
.
Selain itu, aku juga suka dengan sentuhan penulis dalam mencipta dialog yang menunjukkan komunikasi yang komprehensif antara suami dan isteri, pekerja dan majikan, antara dua individu lain
.
Keseluruhannya, aku kagum dengan usaha penulis menghasilkan Karma dengan penyampaian mesej yang tidak meletakkan sebarang nilai kepada golongan lgbt. Semoga penulis terus menghasilkan karya yang lebih berkualiti 🌻
.
Dan sekiranya korang seorang pembaca yang suka ekstrak mesej dari pembacaan, supaya menjadi seorang yang lebih memahami, aku cadangkan korang untuk dapatkan naskhah Karma dan Stigma (untuk lebih memahami Karma) ini.
-
-
-
Stigma, Karma & i just can't wait dilema pulak. Wuh!
No comments:
Thank you!