Review Buku: Dancing Souls, Sharifah Nadirah



There are many souls within me, Unseen faces filled with my mystery dancing together around me, I got a mixture of personalities, I am chaos to chose who failed to understand, It's like sometimes people are trying to understand so many people in a person



Aku mulakan review aku kali ini dengan suatu yang 'dekat' dengan aku. Ia tentang personaliti setiap dari kita. Aku kira sesiapa saja yang membaca akan juga merasa dekat. Dancing Souls merupakan sebuah ebook yang di tulis oleh Sharifah Nadirah atau lebih dikenali S.N.writes di instagram. 


Sejujurnya, ni poetry book yang kedua, yang aku baca. Aku pernah cuba untuk baca buku puisi yang lain sebelum ni, tapi mungkin tidak ditakdirkan untuk aku atau mungkin terlalu puitis sehingga aku tak dapat nak menghayati. Tapi membaca Dancing Souls ini, ia memberikan vibes yang MasyaAllah. Macam hadir tepat pada masanya, sangat melegakan. 


Aku boleh katakan, Dancing Souls ni  berkisarkan tentang self- development & self-love. Anything yang related dengan self-development & self-love ni memang, menjadi pilihan & kegemaran aku. Apatah lagi di saat, hadirnya self-sabotage dalam diriPada aku, untuk  kita 'mekar' dalam lapangan apa sekalipun, ia bermula dengan mengenal dan menghargai diri dan kelebihan yang kita ada & semua proses ni berlaku setiap hari. Keseronokkan membaca Dancing Souls ni memaksa aku memperlahankan kelajuan bacaan, sebab bait-bait tulisannya  sangat dekat dan melegakan. Dua kali aku ulang benda yang sama.Beberapa keistimewaan membaca Dancing Souls:

  • bersifat memujuk & memotivasikan secara tidak langsung. 
  • relatable, menarik untuk dijadikan self-reminder 
  • passion, personality, forgiveness, the heart antara yang dekat dengan hati
  • Late night thoughts adalah segmen yang pada aku, toughts penulis mengenai keseluruhan puisi-puisi  yang dibekalkan di awal-awal
  • mudah difahami walaupun ia ditulis dalam Bahasa Inggeris

Keseluruhannya, aku sangat senang dengan Dancing Souls & membuatkan aku tertarik untuk membaca buku-buku puisi yang lain yang ada di pasaran. Kalau korang baru nak mencuba membaca buku  bergenrekan poetry, aku suggest korang dapatkan Dancing Souls. Korang boleh dapatkan terus melalui instagram S.N writes :) Tahniah S.N Writes kerana menghasilkan Dancing Souls. Semoga terus menulis  karya-karya yang membina & melegakan. 

4 comments:

  1. wah...menarik..bgus utk motivasikan diri sndiri..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi personally, saya buat jd self-reminder :) Kalau rasa down tak nak buat apa yg sy rasa saya patut buat, sy akan baca semula. haha.

      Delete

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.