Review Buku: Aku, Shaz Johar





Waktu aku nak pilih novel ni, aku dilema sebenarnya, antara nak pilih Aku atau Nikina. Ada la beberapa point yang aku tengok sebelum, aku pilih Aku. Walaupun aku tak dek la baca banyak sangat buku fixi, tapi aku pernah la juga baca Shaz Johar punya novel macam mental dan cerpen, aku boleh predict la sikit-sikit gaya penulisan Shaz Johar. so end up aku pilih Aku dan bila kau baca fixi, kau akan tahu tak akan ada cerita yang direct atau straight. 

'Aku' ni buatkan perasaan aku bercampur baur. Ada kelakar, ada simpati dan ada yang menyentuh perasaan. Penulis mewah dengan deskripsi cerita ya. Setiap satu hal, kalau boleh di perincikan, dia akan perincikan. Membaca Aku ni dia ibarat aku ada 'love-hate relationship' tau. Ada beberapa ketika buatkan aku nak stop, tapi bila mata aku baca next paragraph, aku 'terperangkap'. Mesti ada je elemen yang buatkan aku nak tahu. What next eh? 

Selain tema yang diketengahkan, aku suka juga bila penulis memberi fokus kepada 'konflik diri' & ada beberapa scenes yang menunjukkan Ghazi melalui self- introspection self-reflection tanpa  new action.  Apa yang berlaku, apa yang dilalui lebih kuat berbanding apa yang perlu diubah. 

Tak boleh nak dinafikan sekiranya ada yang berpewatakan seperti Ghazi, mencari tetap mencari walaupun kebenaran sudah terbentang. Ada perkara-perkara yang kita hanya mahu dengar apa yang kita nak dengar bukan dengar apa yang kita sepatutnya atau perlu dengar. Dan pilihan memang terletak di tangan masing-masing. 

Overall aku rasa Aku ni sesuai untuk orang-orang yang matang yang boleh melihat the whole strory dengan view yang berbeza dari nilai asal yang dipegang. Kalau korang rasa, nak baca korang boleh dapatkan dekat buku fixi ok? 

***

Terim kasih buku buku fixi  hadiahkan novel Aku.
 Korang boleh dapatkan Aku di buku fixi. okay?

2 comments:

  1. Dia penulis yang bijak walaupun ada sampai tahap kita rasa annoyed dengan jalan cerita dia hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Haha. Tapi Shaz johar ni dia pandai letak perangkap, supaya kita stay dgn cerita dia. haha

      Delete

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.