Review Buku: Sekilas Kenangan, Damya Hanna.
Sekilas Kenangan merupakan novel ke-13 dari Damya Hanna. Pada aku, novel kali ini sedikit berbeza dengan novel-novel yang lepas. Dari segi genre, plot & karakter, aku temukan percubaan baru dari penulis.
Walaupun tema yang disentuh masih lagi berkaitan percintaan, kekeluargaan & persahabatan, namun plot kali ini lebih bersifat 'episodic'.Siapa yang belum pernah baca novel yang bergenre aksi-penyiasatan ini, tapi nak cuba, aku suggest untuk baca Sekilas Kenangan, supaya korang prepare, cerita kali ini bukan cerit 'direct' & tapi cerita yang menimbulkan sedikit tanda tanya dengan kehadiran insiden yang menyebabkan kedua-duanya terpaksa mengimbau peristiwa yang menyakitkan.
Aku boleh cakap, aku enjoy baca kisah Tihani yang lepas laku & gelabah tapi prihatin dan juga, karakter Jihad yang agak 'keras' atau 'manly', mungkin disebabkan tuntutan kerjaya. Kedua-dua watak ini seimbang, cuma aku tak pasti kenapa aku lebih tertarik untuk raikan watak Bariah. Seorang kakak yang sanggup berkorban untuk adiknya, Tihani. Aku tak tahu la kenapa, tapi aku sangat terkesan dengan watak Baria beberapa scene yang menyentuh perwatakan Bariah yang buat aku reflect sebagai seorang kakak.
Hopefully, akan ada cerita tentang Bariah pula lepas ni! haha Tahniah untuk Damya Hanna kerana dah menerbitkan novel yang ke 13! wuhuu. Semoga terus menghasilkan karya yang lebih berkualiti. Korang boleh dapatkan novel Sekilas Kenangan di Karangkrafmall.com :)
Tihani, nama yang tengah top jadi pilihan penulis sekarang
ReplyDeleteYaaaaa betul. Haha. Next novel yang bakal di baca pun, watak nama Tihani
Delete