Review Buku: She Is The Queen, Dr. Muhammad Al-Arifi

Wednesday, March 23, 2022

 


Membaca She is the queen yang ditulis oleh Dr. Muhammad Al-Arifi baru-baru ni menimbulkan rasa yang berbeza. Rasa seronok sebab dapat baca penulisan beliau lagi, dah tentu. Kalau sebelum ni, Enjoy Your Life itu agak tebal dan berkaitan interpersonal. Tapi She is The Queen, lebih nipis dan ceritanya berdasarkan kisah sebenar wanita yang baru mengenal dan mendalami Islam. Secara tak langsung, sepanjang aku membaca She is the queen seolah olah mesej yang aku terima lebih kepaga penjagaan diri (self-care).

Kisah sebenar yang mengajak wanita Muslim untuk mempertahankan agama daripada perkara-perkara lain. Ada beberapa chapter tentang kisah benar ni buatkan aku termenung sejenak. Termenung membandingkan betapa nekad dan firmnya beliau mempertahankan agama melebihi dari yang lain.

Secara tak langsung, membuatkan aku reflect tentang diri sendiri. Kalau ada sesuatu yang membuatkan aku terpaksa membuat pilihan? Jalan mana yang aku akan pilih? Membaca kisah wanita ini, memberi ruang kepada aku untuk reflect dan membandingkan (in a good way).

Bukan cuma kisah benar semata-mata, penulis melengkapkan naskhah ini dengan sedutan anekdot dari kisah-kisah wanita hebat dalam Islam. Antara bab yang menjadi kegemaran aku ialah:

1. A Night with Ummu Sulaym
2. The Bride
3. On the race course
4. The Ambassador of Women
5. How precious you are to us

Aku kira buku ini sangat sesuai bagi mereka yang nak baca tentang wanita muslim dengan bahasa yang mudah, ringkas dan straight forward. Yang suka mendapatkan insight dari pembacaan kerana mesej-mesejnya kebanyakkan tersirat. Kalau kita baca untuk faham dan reflect, aku percaya buku ini sangat bagus. Ia bukan sahaja membawa kita untuk renew tentang spiritual growth tetapi untuk self-love kita juga. Recommended! 💚

#bookreview #bookphotography #bookbloggers #bookstagram #malaysianbookstagrammer #malaysiamembaca #malaybooks #malaynovels #stayhomereadabook #bookcollectors #proudreader #athirahreview #Malaysia #BahasaJiwaBangsa #staysafeeveryone #Sheisthequeen #dakwahbookscorner #drmuhamadalarifi

P/s: Boleh dapatkan buku ini di sini : https://www.dakwahbookstore.com/ 

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.