KLi BookFair 2013

Saturday, April 27, 2013

Assalamualaikum :)


Penat tapi berbaloi-baloi.Itulah yang kurasakan sekarang hoi. Penat berjalan kaki,letih berlari mengejar lrt. Disebabkan book fair sudahpun menjelmakan diri, tibalah masa untuk aku memanjakan diri.

Adakah korang tahu bahawa book fair sedang berlangsung di pwtc sekarang? Apakah? Tidak. Oh ini sungguh malang bagi korang yang tidak mengetahui.Kahkahkah :p 

Book fair kali ini bekerjasama dengan pavilion of kingdom of saudi arabia dan book fair ini akan berlangsung dari hari ini 26 April sehingga hari mengundi yaw yakni 5 Mei.Ohoiiii.Lama kottt.tak pi rugi lah weyy.

So bagi memanfaatkan baucer buku aku yang tak tersentuh lagi masih suci tu,so aku pon gunalah dengan sebaik mungkin- bak pesanan  mak aku " belanja tu berhemah sikit nanti lari budget pula" Baiklah ibuku.Anakmu ini telah menggunakan baucer sahaja tanpa mengeluarkan barang sepuluh dua cuma untuk makan dan tambang.hahaha

Okay.Kali ini aku pi dengan siapa?Ha kali ni aku pi dengan   sapa lagi  kalau bukan budak neh.Aku ni mana ada orang lain dah,dialah penawaq,dialah pemaneh.ceh.hahaha. mesti korang dah boring kan tengok muka hok tudung hijau neh.Haisyh.boring-boring.Tapi terimalah hakikat ini sahabat aku yang aku paling menyampah.*semoga kami berkawan sehingga ke heaven la nah?!haha

@KL sentral.



oh nak tambah lagilah,kali ini misi aku hanya untuk ke book fair untuk menghabiskan baucer makanya tidaklah aku berasa kecewa menonggeng bila tidak ketemu sama penulis feveret.

Lagi cerita,aku jumpa Hilal Asyraf banyak kali siot.haha tapi apakan daya kerana menjaga ikhtilat tidaklah aku menegur beliau,kalau tegur pon tidak maneh la sebab somi orang kan.kehkeh.

Apa yang bestnya klibf neh,sebab first day tak ramai orang so,bolehlah aku memilih novelsss dan juga kitabsss sambil membaca dengan bersenang lenang tanpa perlu menolak -nolak.Haiyakkk!! Okay aku tak suka rebut-rebut,apatah lagi ribut-ribut.Aku tak suka tempat sesak.Tapi tulah sebab Anthem punya pasal aku mencemar doli jugalah pi beratoq dekat sejam kot waktu nak bayaq.berharga sungguh!

ineh jelah yg aku mampu beli guna baucahh gittuww.
terima kasih baucahh.haha



Beberapa benda yang aku patut puji dan komen mengenai booth khususnya booth kaki novel,karya seni,jemari seni, karangkraf(oh dan yaaa ini semua booth novelss.)So just chill okay sebab ini hanyalah pandangan peribadi aku walaupun aku tak dok pengawal peribadi kahkah :p


@Kaki Novel
 *gambaq pelik sikit maklumlah camera nak warm up dolu.

Okay booth pertama aku pi, kaki novel.Hmm bagi aku sama saja.Tak sesak sangat dan aku perasan yang kaki novel akan berjauhan dengan booth novel-novel yang lainlah.tapi mungkin KN menyediakan banyak booth KN berlainan aras so tu tak dek hal.dan aku rasa daya penarik untuk KN novel biarkan ym terus berbicara :) Sambungan kepada biarlah ym berbicara.

@ Jemari Seni
*nampak dak aku habaq dah beratoq panjang,tak mau caya


Booth seterusnya, jemari seni.Aku hanya listkan anthem sebagai novel yang patut aku beli. Tapi waktu aku dengan syimmi pegi teww,mak haihh bapak panjiangg nya orang beratoq.dari dalam sampai ke luaq.Memang tersenyum Hlovate mengira untung.kehkeh.But its worth la kalau beli pon.
Pi beratoq jugaklah, tapi yg istimewanya layanan yang diberikan warga JS memang ohsemm mangg.Bagi cekelat  lagi,peramah dan mana-mana customer yang hampir terbalik menonggeng bawak novelss yang banyak,depa bagikan bakul.Memanglah benda biasa ja tapi still nampak kan mereka-menghargai-customer.dah cukup puji JS.Aku tak dibayar untuk memuji mereka.kahkah :p


@Karya Seni 
*makcik ni kecewa kot tak dapat my precious iris.



.

Booth seterusnya,karya seni.Okay aku memang nak beli tapi aku taklah akan menangis air mata darah kalau tak dapat beli novel karya seni.Tapi disebabkan classmate aku pesan, latest punya novel karya melur jelita 'My Precious Iris' aku pi jugaklah.Alang-alang aku nak beli calon isteri Jutawan.Aku?Calon isteri doktor.harharhar :p Tapi sayang MPI habeh langsung,sisa-sisa pon tak kutemui.Hmm,aku tunggu lah jugak kalau-kalau warga KS nak tambah MPI dekat rak buku,tapi malang tidak berbau.Eh?! tak dak kaitan.Malangnya depa tak letak yg baru.Jujur katakan,sayang la,depa rugi,peminat pon peghasss(frust) kot.Pikiaq la balik,peminat tak kan datang banyak kali unless depa memang kaki novel,depa mai lah kot.Awat depa tak restock eh?Mungkin tak habeh cetak lagi kut.takpa-takpa aku khusnuzon kali neh.kikikiki.

And last sekali,karangkraf.Tahun ni aku tak ghairah sangat nak pi sebab,novel yang latest semua aku dah sapu dekat mph midbali so yg lain tu tak menarik minat aku.Tapi aku still pi jugaklah.Booth wajib. Dan mungkin hari pertama,karangkraf nampak tak busy lah.Tapi aku percaya hari seterusnya bakal dipenuhi lah dengan manusiawi-manusiawi.haha.

@Lejen press
*malam neh aku tidoq pelok buku fixi cek oi.haha


Booth yang lain,aku pi dubook,lejen,mana hala lagi lah.Tapi tak pi pon sampai tingkat lima.Tak larat la kot.Berlengaih habeh.Pinggang pon rasa nak putuih.

Ohh asyik cita pasai aku ja nah.Memang lah dah blog aku tak kan nak cita pasai hampa pulak.Herher,okay pikah layan fixi dan dubook.sekian.nampak dak perbezaan kami.Tapi yg sama,kami minat hlovate.hmm terbang lah jugak baucer aku lima puloh untuk belanja dia.Hoi mak cik aku nak confess something sebenaqnya aku nak versus tu thats why lah aku suh hg amik versus.hahah.dah tu hg pulak loading tak paham pulak.Tapi takpa aku dah ikhlaskan hati untuk memberikan versus itu kepada mu :p 

Okaylah.takat ni je lah yang mampu kukongsikan.Tak ada  apa sangat pon.Cuma mimpi sudah menjadi nyata.Alhamdulillah ;') Sebagai tips korang yang baru nak pi tew ,jangan lupa bawak :

1. beg roda,supaya tak sakit jari dan bahu nak bimbit mahupun sandang buku yang korang beli.
2. bawaklah payung kalau korang pejalan kaki yang tegar,musim la musim hujan.tak pon buat senjata.
3.Bawak ayaq masak la,kot dahaga.kahkah.Motip? :p Ayaq depa juai mahai kot.herher
4.selamat membeli belah lah.Takecare uolsss :)

Terima Kasih singgah baca :) Salam.


No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.