Pengalaman peribadi : Macam mana 'baca novel' boleh jadi satu hobi?


Selamat hari buku sedunia! 💕 

Sempena hari buku sedunia yang ke 21 ini, aku terfikir-fikir nak berkongsi  tentang sesuatu. Selalu aku duk tulis review buku/novel saja kan. Jadi, setelah terfikir seketika, aku rasa seronok juga kalau aku boleh menulis pengalaman aku , dalam memulakan aktiviti membaca ni sebagai hobi yang menyeronokkan dan kekal sehingga ke hari ini. 

Ia hanya sekadar pengalaman peribadi, yang tiada kaitan dengan mana-mana pihak. Mungkin ada positifnya dan ada juga negatifnya.Tapi sebagai pembaca, yang baik itu kita ambil, yang buruk itu kita perbetulkan jadi baik. okeng?



Jadinya. marilah membaca. 




Awal 2004:

Aku berumur 12 tahun. Aku ni macam budak-budak biasa juga la. Suka  sungguh tengok televisyen. Sampai lah satu hari, aku pergi rumah sepupu aku dan dia suggestkan aku baca satu buku tebal. Masa itu aku sendiri tak tahu buku tebal, beratus-ratus muka surat tu orang panggil novel. ðŸ“š

Mula-mula aku macam takpela takpela. Sebab aku ni sejenis manusia yang malas, bukan setakat malas tapi lebih kepada tak suka membaca.Tak suka tak suka. Nak baca buku nipis pun aku macam boo layan, apatah lagi nak baca buku tebal (novel) semua ni kan. 

Tapi  aku ambik jugaklah buku tu. benda pertama aku buat , tengok part belakang. Aku baca sinopsis! Bila aku baca sinopsis, aku selak lagi helaian demi helaian dan tapi aku baca separuh, sebab lepas itu aku kena balik rumah semula.  Jadi, perkara pertama yang aku rasa: 

"Alah, aku dah baca separuh kot. Tapi tak habis. Aku nak tahu ending cerita dia macam mana?" 

So nak di jadikan cerita, macam itu lah bermulanya kenapa aku suka membaca novel. 

Pertengahan 2004: 

Beberapa minggu selepas itu, aku pergi cari novel itu dekat kedai buku. Waktu aku rasa aku nak tahu juga-juga apa pengakhiran cerita dia kan. Tapi masa itu jugak lah, aku rasa macam tak berbaloi nak beli. Novel itu harga lebih kurang Rm18.00 dan masa itu aku student, mana ada duit melainkan duit belanja yang aku simpan tiap-tiap hari selepas balik dari sekolah. 

Tapi sebab aku curious gila nak tahu ending cerita itu, aku beli juga. dan selepas itu membaca novel itu dah jadi hobi. dan dalam masa beberapa bulan aku, sempat la aku beli dua tiga novel baru. itu pun cara sembunyi. Haha. 

📚  

tapi lepas itu, parents aku dapat tau hobi aku ni, parents aku  macam tak suka sangat la aku duk baca novel ni kan. 

Setakat yang aku ingat, parents aku tak suka sebab:

1. Baca novel ini akan melalaikan. Iyala novel cinta kan. Kira macam senang berangan la cerita dia. pastu, takut terganggu pembelajaran aku sama. 
2. Novel-novel itu nanti bersepah/tak susun/tak kemas


Jadi, apa aku kena buat supaya aku boleh juga teruskan hobi aku tu ? 

Iyalah.

Aku nak baca sangat. Kiranya masa itu aku dah jumpa la hobi aku kan. Selama ni aku tak dek hobi yang spesifik. orang buat itu, aku buat. Orang buat ni, aku buat. Kira aku ikut orang je lah. So bila dah jumpa hobi yang sesuai, parents aku tak bagi pula. 


📚

Jadi, ini kira tips yang korang boleh gunakan sekiranya benda yang korang minat nak buat sangat sangat, tapi dilarang/ditentang/dihalang oleh parents korang. Bagi kes aku, aku buat dengan cara: 

1. Simpan duit sendiri.

Masa tingkatan satu, aku mana kerja lagi, tapi  sebab aku nak juga beli novel, nak juga baca . Aku kena la simpan duit belanja tiap-tiap hari. Kalau dulu, memang aku guna duit belanja, pulun makan time rehat. Bila dah ada hobi ni kena korbankan la sikit. Haha. So aku simpan la. Simpan la berapa pun, janji sebulan, aku boleh beli sebuah novel. 

Jadi bila ibu aku bebel  : "kan dah kata novel tu mahal, duk beli buat apa?
Aku pun dah prepare jawapan: "Tau la. Tapi cek guna duit sendiri kan."


2. Rak Buku

Novel-novel yang aku beli, kumpul itu makin lama makin banyak. Mula-mula aku simpan dekat rak buku, buku-buku sekolah la kan. Ada space sikit lagi. Tapi lama lepas itu makin banyak, makin banyak. Jadi, aku tanya la ayah aku boleh dak nak rak buku, pastu ayah belikan. Dalam masa yang sama, ayah macam dah okay. sebab novel aku tersimpan tersusun kemas dan rapi. pergh.haha. Jadi tak timbul isu, berselerak, bersepah 

setiap kali parents aku check bilik. saja la aku cakap " Cantik dak along susun novel itu semua. mana ada bersepah an?" Peh. ini nama dia bajet. 

adik-adik jangan buat perangai lagu ni na, satgi  tak cium bau syurga. haha. parents cek takpa, depa okay. 

3. Result Maintain.

Aku terpaksa pointkan juga benda ini. Pasal kalau cakap pasal novel cinta ni, kebanyakkan orang akan cakap, satgi hang duk baca novel cinta, satgi hang kuat berangan. Dah berangan lalai sampai belajaq tah kemana. 

untuk itu, setiap kali exams, aku akan pastikan yang aku akan dapat result sedap. Nak kata cemerlang tu dak la. Gemilang tu apatah lagi. Tapi Baik itu iya la kot. Hahaha. *penampaq sedaih* Maknanya sedap di mata aku sedap di mata parents aku. Bak kata pepatah, sedap mata memandang. Hahaha. 


Kerisauan ibu pasal aku yang suka baca novel ini sampai tahap, setiap kali ibu bapa kena amik result kat sekolah, dia akan tanya cikgu kelas aku: 

"dia ni belajaq okay ke dak? Ada berangan dalam kelas?" 

Hahahaha. Setiap kali cikgu aku kata aku okay. Dia macam tak puas hati. Yang bestnya, cikgu-cikgu kelas aku cikgu yang kamceng dengan aku, so depa memang kenal la aku macam mana. 

"Tak dek apa. Dia baik ja." 
"Saya bukan apa, dia suka sungguh duk baca novel. Takut juga."
"Eh takpe baca novel ni bagus juga. Sebab dalam masa yang sama dia belajaq struktur ayat dan bla-bla bla..." (penerbitan novel waktu itu, masih boleh diterima sekiranya nak buat rujukan untuk subjek bahasa melayu.) 


Well. Syukur. hobi aku selamat. haha Dan lepas itu, tiada lagi tentangan dan halangan. kehkehkeh 

dan alhamdulillah sejak tahun 2005 sehingga 2016, sepanjang aku duk sekolah menengah dan universiti, aku tak dek masalah dalam pelajaran , tak timbul isu aku berangan sampai lalai, tak timbul isu aku duk bercinta  tak ketahuan, tak timbul isu apa-apa pun. Malah, sekarang ayah akulah orang yang selalu support dan tanya, "bulan ni dah beli novel?"

kalau masuk shopping mall,ada popular/mph/kinokuniya "Nak masuk beli buku/novel tak?" 
kalau ada bookfair kecil ke besar ke, macam pestabuku pbakl nanti ni, dialah orang pertama akan tanya, " bookfair ada kat situ, nak pi ke tak?" 

📚


Alhamdulillah. 

Aku gembira dengan cara aku sendiri. Habiskan waktu senggang dengan membaca buku/novel. Random. Utamanya, aku seorang pembaca novel cinta tegar. Dan sekarang, dua tahun kebelakangan ini, aku prefer travelog, motivasi, dakwah, novel biasa , puisi dan lain-lain. (Mungkin aku boleh tulis next entry kenapa haluan aku berubah, dari membaca satu jenis material kepada yang lain) 


Koleksi novel/buku setakat sekarang ada 800 +, 245 ada di Kuala Lumpur, bakinya masih di Perlis. Mesti akan ada tertanya-tanya. Pasaipa novel aku terpisah? Haha. Pasal aku baru pindah KL. Jadi aku tak mampu nak angkut semuanya sekaligus. Insya-Allah. Dalam masa terdekat, aku kena pi ambik la jugak kan. 

--


Aku rasa aku perlu berhenti setakat ini. Dan akan update next entry. Mungkin aku boleh tulis, mengenai langkah-langkah supaya kita suka membaca. 

atau.

seba-sebab kita suka fokuskan kepada satu material sahaja. 

atau 

lain-lain. 

---

Alhamdulillah. Setakat itu dulu okay? Terima kasih kepada pembaca senyap, aku amat hargai. :) 


24 April 2016, 
6.44 petang, Kuala Lumpur

'membaca itu suatu perjalanan yang memaknakan.'




No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.