Review Novel : Mana Pelamin Qausar, Hananee Amir









Pengenalan:

Mana Pelamin Qausar ini di terbitkan oleh Jemari Seni Sdn. Bhd dengan harga RM 24.00.  MPQ ini mempunyai  539 muka surat. Mana Pelami Qausar merupakan karya yang ketiga yang telah di hasilkan oleh saudari Hananee Amir.


Sinopsis:

Bertahun sudah berlalu, namun peristiwa pahit antara Qausar dan Raihana tidak akan dilupakan sampai bila-bila. 

"Kalau aku jadi Raihana.. aku tampar kau balik macam kau tampar dia dulu."

Akibat daripada sikapnya yang kurang waras ketika itu menyebabkan Qausar kehilangan Raihana. Gadis itu akhirnya memilih orang lain. 

Lama selepas itu, Mejar qausar bertemu kembali dengan Raihana dalam pertemuan yang tidak di sangka. Kasihnya pada Raihana tidak pernah mati. Qausar kembali mengis cinta daripada Raihana walaupun beberapa kali cintanya di tolak. Namun saat Raihana membuka hatinya buat Qausar, lelaki itu tiba-tiba berubah fikiran. Dia mahu Raihana pergi jauh-jauh daripada dirinya. 

Mengapakah Qausar berubah hati secara mendadak? Dapatkah cinta mereka bersatu semula?


Ulasan:

Aku belum pernah membaca tulisan saudari Hananee Amir. Ini adalah kali pertama, dan aku agak teruja untuk mengetahui jalan cerita yang ingin di sampaikan. 

Pertama kali, aku membuka MPQ dan membacanya, aku masih tak dapat tangkap ceritanya ke arah mana. Agak sukar untuk meneka ceritanya akan menghala ke mana. Di awal bab, penulis mengetengahkan watak utama Raihana dan Qausar ketika berada di pengajian tinggi. Bercinta ketika 
di univesiti. Kiranya Rai dan Qausar cinta suka sama suka. Kehadiran watak sampingan si Hizwan ini menambahkan lagi keceriaan dan keselambaan cerita. 

Tapi lepas kes Qausar tampar Rai, cerita dah makin bergoyah bila Rai ambil keputusan untuk tidak bersama dengan Qausar. Dan Rai ambil keputusan untuk berkahwin dengan Dr. AKhiff, dan menyebabkan Qausar menyesal tak sudah. 


Di pertengahan bab pula, penulis telah mencipta konflik yang menyebabkan pembaca rasa geram, marah, kecewa dan sedih dengan konflik yang meimpa rumah tangga antara Dr.Aakhiff, Rai dan Natrah. 

Entah eh.Dalam  banyak-banyak watak dalam MPQ ini, aku paling benci dengan watak Natrah. Natrah ini dia punya selamba tackle suami orang, jadi skandal dengan dr. Aakhif sampai boleh jadi madu Rai. Padahal Rai itu pernah jadi kawan dia juga pernah tolong dia time susah. Rasa mcm dangkal betul si Narah ni, sanggup eh buat camtu kat kawan. Rumah tangga Rai dan Dr.Aakhiff berantakan sebab Natrah dan Dr.Akhiff sendiri yang cari pasal. So, selama 8 tahun, Rai dan Raykal (hidup tak serupa rumah tangga orang lain) ... 


penulis juga menghuraikan tentang watak Qausar yang tak boleh move on dari cinta pertamanya kepada Rai. Rasa serba salah menampar Rai atas kesalahan yang dia sendiri tidak tahu kesahihannya, buat dia diburu rasa serba salah sehingga 10 tahun lamanya. Namun, aku suka watak Hizwan yang sangat setia kepada persahabatan. walaupun dia tahu kesilapan Qausar tapi dia tetap setia untuk memastikan qausar baik-baik. Dan bagi aku, kesetiaan seorang kawan ni memang salah satu nikmat yang patut di hargai. Kawan susah dan senang la cerita dia. Sampai habis cerita pun, Hizwan ni lah tempat berkongsi Qausar. 

Penulis juga, mengetengahkan  dilema seorang Rai yang tidak tahu mahu menerima Qausar atau hidup seorang diri sambil menjaga Raykal. Iyalah. Kalau perkahwinan pertama tidak membahagiakan apa yang menjamin perkahwinan seterusnya akan memberi kebahagian? Tiada jaminan kan?

---

Jadi, dah boleh agak ke di bab -bab yang terkahir,  jadi macam mana  cerita MPQ ni?
Mesti tertanya-tanya kan, rumah tangga Rai dan Dr Aakhiff akhir dia macam mana? Rai jumpa balik tak dengan Qausar setelah 10 tahun tak jumpa? Mak Ani dengan jiran baik semula ke tidak? Natrah jadi apa? ðŸ˜Ž 

aku berhenti dekat sini. sebab kalau aku cerita semua, dah tak syok la kan nak baca. So korang boleh beli Mana Pelamin Qausar di kedai-kedai buku berhampiran,  takpun, 

boleh 

dapatkan di pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur  yang akan berlangasung pada 29 April sehingga 9 Mei 2016. Next week je lagi gais! I pun dah tak sabar nak borong  ðŸ“š!  

22 April 2016,
4.40 petang, Kuala Lumpur. 






1 comment:

  1. tq awak...utk review ni...saya ada di PBAKL pada 7 may 11 hingga 3 pm...datanglah kalau sudi!

    ReplyDelete

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.