Review Buku : Hello it's me, Anna Lee.




Aku tak ada expectation bila baca Hello it's me, sebab aku baru je nak mengikuti gaya penulisan Anna Lee. Jadi, aku baca Hello it's me dengan perasaan ingin tahu dan berlapang dada. Hello it's me ni berbeza dengan Terukir Cinta, cuma aku tak sure Hello it's me ni bergenrekan apa.

aku sangat suka dengan garapan Anna Lee dalam mengembangkan karakter Tiya dan Duta. Watak Tiya diperkenalkan dan dikembangkan dengan sangat baik, bermula dengan tanda-tanda anxiety yang diketengahkan. Penulis selitkan beberapa perkataan sesi untuk menjelaskan apa yang berlaku kepada Tiya dan apa yang berlaku selepas the whole penceritaan. Ia macam suatu yang lengkap- bila penulis menyentuh tentang causes, symptoms,  treatments, dan ada beberapa keadaan, Tiya relapse. Watak Duta pula jelas berbeza sebelum Tiya ke Amsterdam dan selepas Tiya sampai di Amsterdam dan pemilihan dialog yang penulis gunakan untuk  Duta dan Tiya, aku suka sebab simple but meaningful. 

aku juga  suka bila penulis menyentuh tentang isu dan culture industri penerbitan, banyak benda yang aku setuju (walaupun dari sisi pembaca),cumanya aku kurang berpuas hati dengan cara penulis menyampaikan isu tersebut dengan menggunakan watak Tiya. Aku faham watak Tiya sendiri ialah seorang novelis dan meluahkan perasaan cuma, aku jadi tidak fokus bila baca novel dah jadi macam aku kena dengar orang berleter, itu yang aku rasa.

Keseluruhannya, aku je the whole concept cerita ni, aku suka cara penulis bawa pembaca travel di Amsterdam terutama di Zaanse Schans. Aku boleh bayangkan tempat-tempat yang disebutkan. cuma, aku rasa novel ni ibarat split into two. Sebelum Tiya ke Amsterdam dan selepas Tiya sampai Amsterdam. Dia macam dua cerita yang berlatarbelakangkan keadaan yang berbeza. Sangat berbeza.
Bahagian leteran tu kalau dikemaskan lagi, aku rasa Hello it's me akan jadi lagi better.




P/s: Sekiranya, aku membaca Hello it's me pada tahun 2016, review aku mungkin berbeza.

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.